ChatBox

Monday, November 30, 2009

Kejutan SB MASUK



Kejutan...SB MASUK??
Pasangan Didie dan Sham akur dengan keputusan undian apabila mereka terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan selebriti yang lain setelah diumumkan sebagai pasangan yang tersingkir sebentar tadi. Pengumuman itu dibuat oleh Awal Ashaari dalam Debaran Sehati Berdansa secara langsung dari Studio Satu, Bukit Jalil menerusi Astro Ria (saluran 104).

Dengan penyingkiran tersebut, pasangan Didie dan Sham telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM6000. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada wakil Persatuan Epilepsi Malaysia, Encik Fahrul Ariffin Wan Mansor.

Bagaikan mati hidup semula, buat pertama kalinya secara tiba-tiba kesemua pasangan selebriti yang telah tersingkir berpeluang untuk meneruskan perjuangan mereka seterusnya menyumbang kepada badan-badan amal yang diwakili oleh mereka.

Berbeza dengan minggu-minggu sebelumnya, minggu ketujuh hanya pasangan yang perlu diundi masuk sahaja akan membuat persembahan sementara empat pasangan yang masih bertahan akan direhatkan sementara termasuklah talian undian mereka.

Berbeza dengan undian sebelum ini, kuasa undian 100% terletak di tangan pengundi berbanding sebelum ini yang menggunakan 50% daripada juri dan selebihnya daripada penonton. Anda menjadi juri untuk UNDI MASUK pasangan pilihan anda. Walaubagaimanpun hanya undian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja dibenarkan. Ini bermakna sebarang undian melalui butang R dan talian tetap tidak akan dikira sama sekali.

Bagi pasangan yang berjaya diundi masuk, dana bagi badan kebajikan yang diwakili oleh mereka akan bermula dengan nilai RM1000. Kesemua peserta undi masuk dibenarkan untuk memilih lagu tugasan yang pernah dipersembahkan oleh peserta lain.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk SB MASUK pasangan pilihan anda bermula pada jam 10.30 malam ini kerana peluang hanya datang sekali. Undian anda sangat berharga demi menentukan nasib pasangan selebriti pilihan anda.

Untuk undi masuk taipkan:

Taip SBMASUK DIDIE ke 32999
Taip SBMASUK ENOT ke 32999
Taip SBMASUK MIRNA ke 32999
Taip SBMASUK OSHIN ke 32999
Taip SBMASUK ANITA ke 32999












Credits to emeraldL2009

Sunday, November 29, 2009

DIRA TAK PERNAH MEMUSUHI SAZZY!

20-Nov-2009 | Oleh: Thani Hasbullah

DIRA TAK PERNAH MEMUSUHI SAZZY!




Teks oleh Thani Hasbullah


KUALA LUMPUR, 20 NOVEMBER 2009:
 Pelakon Khaidirah Binti Abu Zahar atau lebih dikenali Dira, 25, menafikan sama sekali dia sedang bermusuhan atau perang dingin dengan Sazzy Falak berhubung balas membalas komen dalam laman komuniti Facebook (FB), baru baru ini.

Malalui laman tersebut, Dira yang membuat kenyataan berhubung Sazzy mempertikaikan ada pasanganSehati Berdansa 3 suka undi bagi diri sendiri, menjelaskan bahawa teks itu tidak ditujukan kepada Sazzy secara khususnya.

"Sebenarnya, saya dan suami langsung tidak pernah membuat undian untuk diri sendiri. Banyak lagi perkara yang saya perlu fikirkan termasuklah latihan, anak mahupun membuat persiapan rapi untuk persembahan setiap minggu.



"Saya tidak pernah bermusuh, dengki mahupun tidak puas hati dengan Sazzy. Kami sudah kenal lama malah sebelum saya menjejakkan kaki dalam dunia lakonan. Memang kami kawan baik. Setiap minggu saya bercakap dengannya.


"Kenyataan yang saya letakkan dalam Facebook itu sebenarnya bukan ditujukan kepada Sazzy tetapi kepada komen-komen yang menuduh saya dengan bukan-bukan. Saya tidak tahulah apa niat Sazzy yang mempertikaikan perkara itu dan kepada siapa dia tujukan. Tapi ramai pengunjung dalam itu sudah menuduh saya.


"Mungkin pada masa tu saya penat dan stress dengan latihan. Jika pengunjung membaca semuanya pasti mereka akan faham. Pada minggu-minggu lalu saya berada di atas, mungkin pasal tu mereka tuduh tapi hari ini saya berada di bawah. Mungkin ini yang sesetengah pihak hendakkan," kata Dira kepadamurai.com.my.


Mengikut carta undian sehingga hari ini, pasangan Dira jatuh ke tangga tercorot di bawah Oshin dan Firdaus. Dia yang menjangkakan akan tersingkir pada minggu ini mengakui ada berhasrat untuk sampai ke peringkat akhir bagi membantu badan yang diwakilinya, Persatuan Thalassemia Malaysia.


Dira dan Ash nyata mengambil berat terhadap anggota persatuan itu dan sering berkunjung mahupun bertanya khabar melalui telefon. Malah pagi tadi Dira turut melawat salah seorang pesakit Thalassemia, Zaniel yang kita terpaksa ditahan di Hospital Ampang akibat sesat nafas.


Berikut adalah ulasan Dira dalam blognya selepas menziarahi Zaniel.


"Sesak nafasnya, sesak juga nafasku"


Pagi tadi, sedang bersiap untuk ke sesi latihan Sehati Berdansa, kami dikejutkan dengan perkhabaran yang agak kurang senang. Zaniel, salah seorang pesakit Thalessemia major, yang juga merupakan orang kuat Persatuan Thalesemia Malaysia, yang juga banyak menyokong kami berdua.... mengalami sesak nafas. Beliau telah ditahan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.


Tatkala menerima perkhabaran yang sedemikian, hati Dira terus jadi sayu memandangkan Zaniel antara yang banyak menyokong kami dan dia antara punca yang membuatkan Dira dan suami masih kuat untuk terus berdansa. Berusia 23 tahun, dengan segala kesukaran untuk menyambung nyawa sehingga hari ini.


Dira nampak dari matanya, yang dia mempunyai cita - cita yang sangat tinggi dan semangat yang sangat kuat. Sebab, Dira boleh rasa semangatnya itu. Setiap minggu, tak kira apa, beliau akan datang menyaksikan konsert Malam Sehati Berdansa3. Tidak lengkap tarian kami tanpa menyaksikan lambaian tangan beliau dari sudut penonton di depan kami.


Selepas selesai sesi latihan, Dira dan suami terus bergegas ke Hospital Ampang, melawat Zaniel. Tatkala mata terpaku melihat beliau, hati ini jadi sayu. Seorang budak lelaki yang tanpa jemu menyokong saya dalam lantai SB3, kini terlantar lemah di katil hospital.. Kami sering berbual melalui telefon..


Dalam kesakitan beliau, saya sedar dia juga ingin hidup seperti remaja biasa, walaupun hakikinya, setiap 2 minggu beliau terpaksa bersangkang nyawa mengisi darah. Mamanya, yang juga kami dah anggap seperti mama kami sendiri, akur dengan kehendak Illahi sekiranya apa - apa berlaku ke atasnya sekarang. 


Dalam hati saya, Ya Allah, macam mana kau boleh setenang ini???... Mungkin inilah kekuatan yang Dira perlu ada dalam diri tika menempuh segala rintangan yang mendatang. Terus Dira terdetik, kalau nyawa dihujung tanduk boleh dihadapi dengan tenang, kenapa tidak aku hadapi segala caci cerca manusia sekeliling dengan tenang juga??..


Untuk Zaniel, Dira dan Ash akan lakukan yang terbaik lagi dalam Sehati Berdansa3 ini dan apa keputusan yang mendatang, kita akan tetap terus bersaudara.


Baru aku sedar, aku sayang dengan budak ni.. sebab aku tahu dia sayang aku jugak. Dira mendoakan semua yang baik untuk kesihatan Zaniel.


Ya Penciptaku, kuatkan semangat budak ini.



Credits to Murai


****************************

Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

Malam Sehati Berdansa 3 Minggu 6 (Video)



Minggu 6: Irama Bollywood
Sebentar tadi telah berakhirnya Malam Sehati Berdansa yang telah disiarkan menerusi Astro Ria (Saluran 104). Seperti yang dijangka irama Bollywood sememangnya mampu menghangatkan suasana malam ini. Keenam-enam pasangan selebriti telah berjaya menghiburkan kesemua penonton yang hadir.

Bertemakan Malam Bollywood kesemua pasangan selebriti berjaya memberikan persembahan yang cukup menarik dan rata-rata mendapat komen-komen positif daripada ketiga-tiga juri yang hadir iaitu Ganesh K, Vanida Imran dan juga Joseph Gonzales selaku juri tetap.

Persembahan pertama oleh pasangan Didie dan Sham berjaya menghiburkan kesemua penonton yang hadir. Komen-komen yang diberikan oleh ketiga-tiga juri ternyata mampu memuaskan hati kedua-dua mereka. Ekspresi muka dan keserasian yang baik diantara satu sama lain menjadi kekuatan mereka, namun elemen tarian klasik haruslah diperbaiki.

Berbanding minggu-minggu sebelumnya, persembahan pasangan Sein dan Nana minggu ini menunjukkan peningkatan berganda apabila Nana berjaya menjiwai watak di dalam tarian mereka. Mereka dikatakan benar-benar sehati berdansa apabila berjaya membina keserasiaan yang hebat di antara satu sama lain.

Persembahan ketiga oleh Isma dan Zul mendapat pujian hebat dari ketiga-tiga juri yang hadir. Kedua-dua mereka tampil dengan koreografi yang cukup bagus dan padat dengan elemen tarian Bollywood. Keserasian dan penggunaan pentas yang baik menjadi kekuatan mereka.

Berbeza dengan pasangan Isma dan Zul, pasangan Sazzy tidak berjaya mengekalkan prestasi mereka. Akibat daripada lupa langkah tarian yang ditetapkan, Nazril seolah-olah hilang punca. Namun, mereka masih mampu meneruskan langkah tarian mereka.

Bagi pasangan Dira dan Ash minggu ini mereka tampil memberikan persembahan yang begitu hebat. Kedua-dua mereka nampak berseri dan menghiburkan. Kedua-dua mereka menunjukkan peningkatan yang sangat ketara sekaligus menyebabkan segala penat lelah Dira dan Ash minggu ini berbaloi.

Berikut adalah markah yang telah diberikan oleh juri-juri professional:

Dira - 93.67
Isma - 93.00
Sazzy - 90.33
Sein - 89.33
Didie - 83.67

Markah daripada juri sudah diperolehi, tetapi kuasa untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi juara dan siapakah yang bakal tersingkir di minggu hadapan juga terletak di tangan para penonton. Teruskan mengundi pasangan selebriti anda dan bantulah mereka memberi sumbangan kepada badan-badan amal yang diwakili. Undian anda amatlah diperlukan untuk memastikan mereka kekal beraksi di minggu-minggu seterusnya. Teruskan mengundi disamping terus membantu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.






Credits to emeraldL2009

Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

Saturday, November 28, 2009

Di Sebalik Sehati Berdansa 3 Minggu 6 (Video)



Ucapan Terakhir Oshin Dan Firdaus
Hari ini, kesemua pasangan masih lagi sibuk membuat persediaan terakhir walaupun hanya tinggal satu hari sahaja lagi sebelum menjelang Malam Sehati Berdansa. Saksikan sorotan persediaan kesemua pasangan selebriti sepanjang minggu keenam dalam Di Sebalik Sehati Berdansa malam ini.

Seminggu telah berlalu. Namun kenangan bersama pasangan Oshin dan Firdaus masih lagi segar di dalam ingatan. Seperti biasa Di Sebalik Sehati Berdansa malam ini akan dimulakan dengan ucapan penyingkiran daripada pasangan Oshin dan Firdaus.

Berbeza dengan sebelumnya malam ini dapat disaksikan luahan Markyong mengenai prestasi Isma dan Zul. Markyong mengatakan ada segelintir wartawan membuat kenyataan bahawa Isma dan Zul tidak boleh menari. Namun semuanya dinafikan apabila penasihat tarian, Farah Sulaiman teruja melihat persembahan daripada mereka.

Bagi pasangan Dira dan Ash pula, minggu ini persediaan dilakukan lebih daripada minggu-minggu sebelumnya. Walaupun tidak berpuas hati dengan kritikan daripada orang-orang sekeliling dan juga penonton namun perjuangan tetap diteruskan dan penyingkiran tetap menjadi perkara yang paling digeruninya.

Bagaimanakah dengan pasangan-pasangan selebriti yang lain? Apakah kisah yang berlaku disepanjang sesi latihan mereka? Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa saksikan Di Sebalik Sehati Berdansa jam 9.00 malam ini hanya di Astro Ria (saluran 104). Serta jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan album gambar Dansa Cinta di telefon bimbit anda. Taipkan SB GLAM dan hantarkan ke 32888.

Mungkinkah pasangan kegemaran anda bakal tersingkir minggu ini? Andalah yang menentukan nasib mereka. Bantulah pasangan selebriti anda disamping membantu mereka mengumpul dana bagi badan-badan kebajikan yang mereka wakili. Jangan berlengah lagi. Undilah pasangan selebriti anda sekarang juga dan bantulah mereka yang memerlukan.

DANSA TERKINI

1SEIN25%
2ISMA21%
3DIRA20%
4SAZZY19%
5DIDIE16%






Credits to emeraldL2009

Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

Friday, November 27, 2009

Salam Eidul Adha




Salam Eidul Adha
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua Dirash Frenz dan semua umat Islam di mana saja anda berada. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersinggung perasaan sepanjang saya mengendalikan blog ini. Semoga amal kita diberkati dan sentiasa di dalam hidayah dan petunjuk-Nya agar kita sama2 dapat hidup dalam keadaan yang aman, tenang dan diberkati.

P/S: Kepada yang balik kampung, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang tersayang =)

Regards,
Admin

Detik Sehati Berdansa 3 W6 D4 (Video)



Pujian Buat Isma & Zul
Menjelang Malam Sehati Berdansa Sabtu ini, kesemua pasangan masih lagi sibuk membuat persediaan terakhir. Saksikan persediaan kesemuan pasangan selebriti sepanjang minggu ini dalam Detik Sehati Berdansa malam ini.

Selain itu, malam ini pasangan Isma dan Zul menjadi tumpuan utama. Seperti minggu lalu merka mendapat pujian daripada penasihat tarian, Farah Sulaiman. Khabarnya koreografi bagi pasangan selebriti ini sangat menarik sehingga menyebabkan Farah Sulaiman terlalu teruja dengan persembahan mereka.

Bagi memberi impak yang lebih mendalam kepada persembahan mereka, pasangan Dira & Ash akan memperagakan baju yang paling mahal berbanding pasangan-pasangan yang lain Sabtu ini. Bagaimanakah agaknya penampilan Dira dan Ash Sabtu ini? Sama-sama kita nantikan.

Lain pula ceritanya dengan pasangan Didie dan Sham. Walupun sibuk dengan persiapan tariannya Didie tetap sinonim dengan sikap lucunya. Disebabkan mempunyai terlalu banyak pilihan pakaian yang ingin diperagakan Sabtu ini mereka sudah kelihatan seperti memiliki sebuah kedai kain.

Bagaimanakah dengan pasangan-pasangan selebriti yang lain? Apakah kisah yang berlaku disepanjang sesi latihan mereka? Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam ini hanya di Astro Ria (saluran 104). Juga jangan lupa dapatkan photo album Dansa Cinta di telefon bimbit anda. Taipkan SB GLAM dan hantarkan ke 32888. Anda juga akan menerima pengias sreen percuma.

Mungkinkah pasangan kegemaran anda bakal tersingkir minggu ini? Andalah yang menentukan nasib mereka. Bantulah pasangan selebriti anda disamping membantu mereka mengumpul dana bagi badan-badan kebajikan yang mereka wakili. Jangan berlengah lagi. Undilah pasangan selebriti anda sekarang juga dan bantulah mereka yang memerlukan.

DANSA TERKINI
1
SEIN
24%
2
ISMA
21%
3
SAZZY
20%
4
DIRA
19%
5
DIDIE
17%
Credits to Astro


Credits to emeraldL2009

Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

Wednesday, November 25, 2009

Detik Sehati Berdansa 3 W6 D3 (Video)



Bayu Tertekan!!
Bertemakan Malam Bollywood pastinya memberikan kelainan pada Malam Sehati Berdansa Sabtu ini nanti. Akan tetapi, langkah tarian bollywood ini bukanlah sesuatu yang mudah bagi semua pasangan. Pelbagai cabaran dan dugaan yang harus dilalui oleh pasangan selebriti ini. Semuanya dapat ditonton menerusi Detik Sehati Berdansa yang akan disiarkan pada jam 9.00 malam ini hanya di Astro Ria (saluran 104).

Sudah lumrah hidup manusia, tidak pernah surut dengan masalah. Minggu ini koreografer kepada pasangan Sein dan Nana iaitu Bayu mengalami tekanan disebabkan masalah peribadi yang dihadapinya. Ini menyebabkan sesi latihan untuk hari ini agak terhalang, lantaran Bayu yang hilang keyakinan untuk mengatur langkah dalam tarian bollywood.

Kali ini, lain pula ceritanya dengan pasangan Didie dan juga Sham. Didie berasa kagum dengan Sham yang mengajarnya menari tarian bollywood. Pada masa yang sama juga koreografer mereka iaitu Bibi, memberi hukuman kepada Sham agar menari seorang diri kerena tidak mahu Sham bergantung lagi kepada Didie ketika menari.

Gara-gara tersiku kepala ketika latihan tarian secara tidak sengaja, pasangan Sazzy dan Nazril meminta koregrafer mereka Papa J supaya menukar langkah tarian. Lantaran Sazzy juga mengakui agak sukar untuk mengikuti langkah tarian yang diajarkan oleh koreografer mereka.

Mampukah mereka mengatasi segala masalah yang dihadapi demi menyahut cabaran minggu ini? Untuk mengikuti perkembangan mereka saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam Isnin hinga Khamis hanya di Astro Ria (saluran 104).

Selain itu nasib pasangan selebriti menjadi fokus utama. Teruskan mengundi pasangan selebriti anda dan bantulah mereka memberi sumbangan kepada badan-badan amal yang diwakili. Undian anda amatlah diperlukan untuk memastikan mereka kekal beraksi di minggu-minggu seterusnya. Teruskan mengundi disamping membantu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.




Credits to emeraldL2009

Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

Detik Sehati Berdansa 3 W6 D2 (Video)


Credits to emeraldL2009

Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

Tuesday, November 24, 2009

Detik Sehati Berdansa 3 W6 D2



Cabaran Buat Sazzy
Diam tak diam, Sehati Berdansa3 telah pun memasuki minggu yang keenam. Semua sedia maklum Oshin dan juga firdaus adalah antara pasangan yang telah tersingkir. Dan kini hanya tinggal lima(5) pasangan yang masih meneruskan perjuangan mereka.

Seperti biasa, dihari pertama latihan, pastinya semua pasangan selebriti sibuk menyusun strategi demi malam yang penuh debaran Sabtu ini nanti. Bagi pasangan Sazzy dan Nazril, tumpuan lebih diberikan pada langkah tarian. Cabaran bermula apabila Sazzy perlu lebih lembut dan lemah gemalai bersesuaian dengan tema lagu yang telah ditetapkan.

Tetapi lain pula dengan pasangan Dira dan juga Ash, dalam keasyikan menari tarian Bollywood, seluar Ash terkoyak semasa melakukan latihan. Ini menyebabkan sesi latihan agak terhalang dek kerana kemalangan kecil yang tak dijangka itu. Walaubagaimanapun Dira seakan teruja dengan tema minggu ini apabila menyatakan hasratnya yang ingin menjadi seperti Ashwarya Rai.

Bagi pasangan Sein dan Nana, kedua-dua mereka mengalami kesukaran ketika sesi latihan dijalankan. Gara-gara terlalu banyak bergelek menyebabkan perut Nana sakit. Selain itu koreografi mereka yang tidak kena dengan lagu juga menjadi penghalang begi sesi latihan hari ini.

Mampukah mereka mengatasi segala masalah yang dihadapi demi menyahut cabaran minggu ini? Untuk mengikuti perkembangan mereka saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam Isnin hinga Khamis hanya di Astro Ria (saluran 104). Juga jangan lepaskan peluang untuk bersembang dengan pasangan yang tersingkir di minggu kelima, Oshin dan Firdaus jam 8.00 malam ini di Astro@15 dan 9.00 malam di Butang R (Astro Ria).

Selain itu nasib pasangan selebriti menjadi fokus utama. Teruskan mengundi pasangan selebriti anda dan bantulah mereka memberi sumbangan kepada badan-badan amal yang diwakili. Undian anda amatlah diperlukan untuk memastikan mereka kekal beraksi di minggu-minggu seterusnya. Teruskan mengundi disamping terus membantu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.



Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

Dira's Collection 1




Seratus Hari Jadi merupakan sebuah telemovie terbitan Greenlight Pictures. Telemovie arahan Woo Ming Jin ini dibintangi oleh Dira Abu Zahar, Zahiril Adzim dan Fared Ayam dan turut dibantu oleh Radhi Khalid, Sherry Abdullah, Tony Eusoff, Jeff Omar dan penampilan khas, Hujan.

Seratus Hari Jadi Part 1


*Sambungan yang seterusnya akan diupload dalam Dira's Collection 2 kelak.

Tugasan Minggu Keenam (Video)



Tugasan Minggu Keenam
Minggu keenam, tema Malam Bollywood telah dipilih untuk menjadi asas kepada koreografi kesemua pasangan selebriti malam ini. Kesemua pasangan telah menerima lagu tugasan masing-masing di dalam Detik Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.

Berikut adalah senarai lagu tugasan masing-masing:

Isma - Jai Ho (Film – Slumdog Millionnaire)
Sazzy - Twist (Film-Love Aaj Kal)
Sein - Aaja Nachle (Film – Aaja Nachle)
Didie - Ladki Baadi Anjani Hai (Film – Kuch Kuch Ho Ta Hai)
Dira - Bole Chudiyan - (Film – Kabhi Kushi Kabhi Gham)

Bertemakan Malam Bollywood Malam Sehati Berdansa minggu ini dijangka bakal berlangsung dengan begitu meriah. Seperti musim-musim terdahulu, elemen-elemen kreatif di dalam koreografi masing-masing sememangnya dinanti-nantikan.

Mampukah mereka menyahut cabaran ini? Untuk mengikuti perkembangan mereka saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam Isnin hinga Khamis hanya di Astro Ria (saluran 104). Juga jangan lepaskan peluang untuk bersembang dengan pasangan yang tersingkir di minggu kelima, Oshin dan Firdaus esok jam 8.00 malam di Astro@15 dan 9.00 malam di Butang R (Astro Ria).

Oshin adalah peserta yang telah tersingkir akibat daripada kecuaian dan kealpaan anda untuk mengundi mereka. Bantulah pasangan selebriti kegemaran anda di samping membantu mereka mengumpul dana bagi badan-badan kebajikan yang mereka wakili kerana andalah yang menentukan nasib mereka. Jangan berlengah lagi. Undilah pasangan selebriti anda sekarang juga dan bantulah mereka yang memerlukan.






Credits to emeraldL2009

Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

Monday, November 23, 2009

Ash (Bau) Collection 1

Phuture Phlow Films Present...
Bau Official Music Video "Anggun"

Video Director : Sheikh Munasar

Credits to Sheikh Munasar

Lagu : Ash Bau
Lirik : Ash Bau & Isma Yusoof

Meski hati tak rela
Bila dunia tak lagi untukku
Sampai waktunya aku sendiri
Hidup yang ku tak pasti

Langkahku terhenti
Tak mampu berlari
Saat tangan yang digenggam
Engkau lepaskan

Aku
Bernafas tanpa udara
Tangisku tiada air mata
Kerana semuanya berlalu manghilang
Dan tak akan kembali

Ku cuba menutup mataku
Bila ku lelah untuk hidup
Namun semuanya berubah di saat engkau hadir..

Kau yang anggun
Kau yang telah membuat aku kembali
Ke jasadku
Yang telah mati dan
Kau sinarku

Cahaya yang terang
Untuk perjalanan yang lurus di

Dunia sementara
Mengejar masa itu pasti
Buat aku
Dan bersyukurku akannya

Debaran Sehati Berdansa 3 Minggu 5 (Video)



Oshin dan Firdaus Tersingkir
Pasangan Oshin dan Firdaus akur dengan keputusan undian dimana mereka terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan selebriti yang lain setelah diumumkan tersingkir. Pengumuman itu dibuat oleh Awal Ashaari dalam Debaran Sehati Berdansa secara langsung dari Studio Satu, Bukit Jalil menerusi Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi selepas undian ditutup.

Jika sebelum ini mereka dikatakan sebagai pasangan yang paling comel dan menunjukkan peningkatan dalam persembahan pada minggu lepas, namun nasib mereka tidak begitu baik minggu ini. Oshin dan Firdaus terpaksa akur dengan keputusan pada malam ini.

Walaupun persembahan dan penampilan yang menghiburkan dalam Malam Sehati Berdansa ternyata mereka masih gagal meraih undian daripada peminat Sehati Berdansa. Dengan penyingkiran ini, pasangan Oshin dan Firdaus telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM5000. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada wakil Persatuan Angin Ahmar Malaysia, Lesley Hoh.

Berikut adalah peratusan markah sebelum dan selepas undian di tutup yang diperolehi:

Peratusan markah sebelum undian ditutup:

Sein - 54.99
Isma - 54.65
Sazzy - 53.43
Didie - 52.16
Dira - 50.60
Oshin - 49.51

Peratusan markah selepas undian di tutup:

Isma - 54.99
Sein - 54.52
Sazzy - 53.54
Didie - 51.75
Dira - 51.56
Oshin - 49.18

Bermula minggu hadapan, lima (5) lagi pasangan selebriti akan meneruskan perjuangan mereka di dalam Sehati Berdansa. Jadi jangan lupa teruskan mengundi pasangan selebriti pilihan anda dan jangan lupa untuk bersembang bersama Oshin dan Firdaus pada hari Selasa minggu hadapan bermula jam 8.00 malam di Astro@15 dan di Butang R (Astro Ria).








Credits to emeraldL2009

Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

Malam Sehati Berdansa 3 Minggu 5 (Video)


Credits to emeraldL2009

Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

Sunday, November 22, 2009

From Murai : Sebalik Tabir Minggu Keempat SB3 (Video)

www.murai.com.my : Sebalik Tabir Minggu Keempat SB3

Posted using ShareThis

Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

Saturday, November 21, 2009

Malam Sehati Berdansa 3 Minggu 5



Minggu 5: Latin
Sebentar tadi telah berakhirnya Malam Sehati Berdansa yang telah disiarkan menerusi Astro Ria (Saluran 104). Kemeriahan dan kehangatan di Studio Satu Bukit Jalil masih lagi terasa. Keenam-enam pasangan selebriti telah berjaya menghiburkan kesemua penonton yang hadir.

Bertemakan Irama Latin kesemua pasangan selebriti berjaya memberikan persembahan yang cukup menarik dan rata-rata mendapat komen-komen positif daripada ketiga-tiga juri yang hadir iaitu Sabrina Hassan, William Lor dan juga Joseph Gonzales sebagai juri tetap.

Persembahan pertama dipersembahkan oleh pasangan Oshin dan Firdaus berjaya menghiburkan penonton yang hadir walaupun masih ada ruang yang perlu diperbaiki. Firdaus Berjaya menguasai ritma dan Oshin dikatakan mampu memainkan watak wanita misteri sekaligus menyebabkan Joseph menkategorikan mereka pasangan yang hangat.

Persembahan kedua oleh Isma dan Zul mendapat pujian hebat dari ketiga-tiga juri yang hadir. Kedua-dua mereka tampil dengan koreografi yang cukup bagus dan eskpresi muka yang sangat menarik dan mengoda.

Berbanding minggu-minggu sebelumnya, persembahan pasangan Sazzy dan Nazril minggu ini agak kurang memuaskan walaupun masih mampumenghiburkan penonton. Ini kerana koreografi mereka minggu ini dikatakan tidak begitu mencabar dan kadang kala kelihatan kurang kemas.

Berbeza dengan pasangan Isma dan Sazzy, pasangan Didie gagal menarik perhatian para juri setelah mendapat markah yang kurang memberangsangkan. Malam ini pasangan Didie dan Sham memperagakan kostum Latin yang sebenar sekaligus menyebabkan kedua-dua mereka kelihatan sangat seksi.

Bagi pasangan Dira dan Ash minggu ini mereka tampil memberikan persembahan yang begitu hebat. Kedua-dua mereka Nampak berseri dan menghiburkan. Ash menunjukkan peningkatan yang sangat ketara namun sedikit kesalahan telah dilakukan oleh Dira dan mereka juga diingatkan agar berhati-hati kerana koreografi mereka agak berbahaya.

Sein dan Nana mendapat pujian daripada pihak juri. Tenaga dan gaya persembahan mereka sangat berbeza daripada pasangan-pasangan lain. Nana berjaya menonjolkan mimic muka yang baik tetapi kurang berinteraksi dengan Sein. Pakaian yang berwarna-warni menampakkan keseronokan Nana menjiwai watak wanita penggoda.

Berikut adalah markah yang telah diberikan oleh juri-juri professional:

Isma – 95.33
Dira – 90.00
Sazzy – 88.33
Sein – 87.33
Didie – 85.67
Oshin – 84.00

Markah daripada juri sudah diperolehi, tetapi kuasa untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi juara dan siapakah yang bakal tersingkir di minggu hadapan juga terletak di tangan para penonton. Jadi teruskan mengundi agar mereka terus kekal di dalam Sehati Berdansa.

Selain itu nasib pasangan selebriti menjadi fokus utama. Teruskan mengundi pasangan selebriti anda dan bantulah mereka memberi sumbangan kepada badan-badan amal yang diwakili. Undian anda amatlah diperlukan untuk memastikan mereka kekal beraksi di minggu-minggu seterusnya. Teruskan mengundi disamping terus membantu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.



DANSA TERKINI

1SAZZY21%
2DIDIE18%
3SEIN16%
4OSHIN16%
5ISMA15%
6DIRA14%


Courtesy to Astro


Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

Friday, November 20, 2009

Di Sebalik Sehati Berdansa 3 Minggu 5



Sazzy VS Dira
Masa kian cemburu, tinggal 1 hari lagi sebelum bermulanya malam kemuncak persembahan bertemakan Latin, yang bakal dipersembahkan di lantai tarian Sehati Berdansa3 pada Malam Sehati Berdansa Sabtu ini nanti. Namun, demi memberikan yang terbaik, pelbagai cabaran yang perlu diatasi oleh setiap pasangan selebriti Sehati Berdansa3. Segalanya dapat ditonton menerusi Di Sebalik Sehati Berdansa di Astro Ria (Saluran 104) jam 9.00 malam ini.

Dalam setiap rancangan realiti, tidak lepas terjadinya kontroversi antara satu sama lain, tidak terkecuali juga pasangan selebriti sehati berdansa musim ini. Perbalahan terjadi antara selebriti Sazzy dan juga Dira yang khabarnya berlakunya salah faham antara satu sama lain. Kisahnya bermula apabila Sazzy meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesetengah pihak yang mengundi untuk diri sendiri melalui laman sosial. Apakah sebenarnya yang berlaku?

Berbeza dengan pasangan Sein dan juga Nana, gara-gara Nana yang tidak dapat mengikuti langkah tarian yang diajar oleh koreografer mereka, terjadinya perbalahan antara Sein dan juga Nana akibat didesak oleh Sein untuk terus melakukannya. Namun lain pula halnya dengan pasangan Oshin dan Firdaus, apabila telah menerima kejutan oleh ayahnya sendiri yang datang memberi sokongan. Dalam pada masa yang sama, ayahnya juga turut ikut serta menari bersama -sama mereka didalam kelas tarian.

Bagaimana pula dengan perkembangan pasangan yang lain? Apa pula kesudahan perbalahan antara Sazzy dan juga Dira? Untuk mengetahui cerita sepenuhnya, tontonilah Sebalik Sehati Berdansa di Astro Ria malam ini jam 9.00 malam.

Selain itu nasib pasangan selebriti menjadi fokus utama. Teruskan mengundi pasangan selebriti anda dan bantulah mereka memberi sumbangan kepada badan-badan amal yang diwakili. Undian anda amatlah diperlukan untuk memastikan mereka kekal beraksi di minggu-minggu seterusnya. Teruskan mengundi disamping terus membantu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.




1
SEIN
19%
2
SAZZY
19%
3
DIRA
18%
4
ISMA
15%
5
OSHIN
15%
6
DIDIE
14%
Credits to Astro




Credits to emeraldL2009


Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

Bantulah pesakit-pesakit Thalassemia Malaysia

DANSA TERKINI


1DIRA19%
2SEIN18%
3ISMA17%
4DIDIE17%
5SAZZY15%
6OSHIN13%


Salah seorang pesakit Thalesemia major, yang juga merupakan orang kuat Persatuan Thalesemia Malaysia, yang telah banyak menyokong Dira & Ash, Zaniel, 23 tahun telah mengalami sesak nafas dan kini terlantar di Hospital Ampang, Kuala Lumpur. Dira & Ash telah pergi melawat Zaniel. Untuk cerita lanjut, sila ke blog Dira. Salah satu cara untuk membantu Zaniel adalah dengan mengundi Dira & Ash agar mereka dapat meneruskan perjuangan dan berbakti kepada Persatuan Thalassemia Malaysia. 


Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

Detik Sehati Berdansa 3 W5 D4 (Video)



Isma & Zul Setanding Penari Professional
Latihan demi latihan telah dilakukan oleh setiap pasangan selebriti Sehati Berdansa untuk memastikan tarian mereka mendapat markah yang tinggi. Akan tetapi untuk minggu ini dengan bertemakan tarian Latin, setiap pasangan pasti menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Seperti biasa, penasihat tarian Sehati Berdansa Farah Sulaiman membuat pemeriksaan terhadap setiap pasangan untuk memberi komen.

Bagi pasangan Isma dan Zul, Farah menyatakan mereka boleh di kategorikan sebagai penari yang profesional kerana tarian mereka sangat bagus apatah lagi mereka layak untuk memasuki pertandingan salsa di masa hadapan. Tidak kurang juga hebatnya dengan pasangan Didie dan Sham, pasangan ini diberi pujian kerana koreografi mereka sangat cantik dan bagus. Cuma tumpuan lebih perlu diberikan kepada ekspresi muka ketika menari.

Bagaimana pula dengan Oshin dan Firdaus? Minggu ini mereka sangat tertekan untuk menari Latin kerana dikatakan langkah tarian ini susah untuk diikuti. Mereka harus lebih gigih menari untuk dapat terus kekal dalam Sehati Berdansa. Pasangan Sein dan Nana pula lain ceritanya minggu ini. Dari minggu-minggu sebelumnya, Nana sering mendapat teguran kerana selalu pandang ke lantai ketika menari. Tetapi minggu ini mereka menerima teguran kerana tidak mengeluarkan tenaga mereka sepenuhnya.

Apa pula cerita dengan pasangan lain? Dapatkah mereka menjalani latihan dengan sempurna tanpa ada sebarang tekanan? Untuk mengetahui cerita sepenuhnya tontonilah Di Sebalik Sehati Berdansa di Astro Ria (saluran 104) malam ini jam 9.00 malam. Serta jangan lepaskan peluang untuk bersembang bersama personaliti Sehati Berdansa di Butang R ( Astro Ria).

Selain itu nasib pasangan selebriti menjadi fokus utama. Teruskan mengundi pasangan selebriti anda dan bantulah mereka memberi sumbangan kepada badan-badan amal yang diwakili. Undian anda amatlah diperlukan untuk memastikan mereka kekal beraksi di minggu-minggu seterusnya. Teruskan mengundi disamping terus membantu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.



Credits to Astro





Credits to emeraldL2009

Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

Thursday, November 19, 2009

Detik Sehati Berdansa 3 W5 D3


Credits to emeraldL2009

DANSA TERKINI

1DIDIE20%
2SEIN20%
3ISMA18%
4SAZZY16%
5OSHIN13%
6DIRA13%


Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA


Wednesday, November 18, 2009

Detik Sehati Berdansa 3 W5 D3



Kejutan Buat Didie
Di hari kedua latihan, pastinya memberikan tekanan kepada pasangan selebriti Sehati Berdansa3, lantaran persembahan tarian yang bakal di persembahkan di Malam Sehati Berdansa Sabtu ini. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dilalui oleh semua pasangan sehati Berdansa3. Semuanya dapat disaksikan menerusi Detik Sehati Berdansa3 yang akan disiarkan pada jam 9.00 malam ini hanya di Astro ria (Saluran 104).

Sedang asyik mengatur langkah tarian, pasangan Didie dan Sham dikejutkan dengan kedatangan seseorang yang mengaku dirinya adalah penasihat tarian yang dihantar oleh pihak tentu. Lantaran itu menyebabkan pasangan Didie menerima teguran disebabkan langkah tarian yang tidak sempurna. Siapakah penasihat tarian tersebut? Dapatkan jawapannya malam ini.

Lain pula ceritanya dengan pasangan Dira dan juga Ash, koreografer mereka iaitu Ezrey khabarnya naik berang apabila koreografi rekaanya menerima kritikan, lantaran pengakuan Ezrey yang mengatakan dirinya tidak begitu mahir dengan tarian Salsa. Namun lain pula halnya dengan pasangan Isma dan Zul, gara-gara langkah tariannya memerlukan rambut Isma ditarik oleh Zul, menyebabkan rambut Isma mengalami keguguran.

Apa pula cerita dengan pasangan yang lain? mampukah mereka mengatasi masalah yang dihadapi, Untuk mengikuti perkembangan mereka, saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam Isnin hingga Khamis hanya di Astro Ria (Saluran 104). Juga jangan lupa luangkan masa anda bersembang bersama peserta-peserta Sehati Berdansa 3 di Butang R (Astro Ria).

Selain itu nasib pasangan selebriti menjadi fokus utama. Teruskan mengundi pasangan selebriti anda dan bantulah mereka memberi sumbangan kepada badan-badan amal yang diwakili. Undian anda amatlah diperlukan untuk memastikan mereka kekal beraksi di minggu-minggu seterusnya. Teruskan mengundi disamping menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.



DANSA TERKINI

1SEIN20%
2DIDIE19%
3ISMA18%
4SAZZY16%
5OSHIN14%
6DIRA13%



Credits to Astro


Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA


Detik Sehati Berdansa 3 W5 D2 (Video)



Cabaran Utama Ezrey
Seperti sebelum ini, bermulanya sesi latihan Sehati Berdansa malam bermulanya juga segala cerita dan juga cabaran yang perlu diatasi oleh semua pasangan selebriti demi memberikan yang terbaik untuk Malam Sehati Berdansa Sabtu ini. Segalanya dapat ditonton di dalam Detik Sehati Berdansa yang di siarkan di Astro Ria (saluran 104) jam 9.00 malam ini.

Dengan tema irama Latin minggu yang kelima, pastinya memberikan kejutan dan juga kelainan dari segi kelincahan tarian yang cukup mengagumkan.Dalam pada masa yang sama, tarian latin ini memberikan cabaran yang paling besar buat koreografer kepada pasangan Dira dan juga Ash iaitu Ez. Minggu ini mereka mendapat lagu tugasan berentak salsa. Ez membuat pengakuan bahawa dia tidak begitu mahir dengan tarian salsa sekaligus menyebabkan tugasnya sebagai koreografer sedikit terhalang.

Begitu juga dengan pasangan Oshin dan Firdaus, khabarnya Firdaus mengalami tekanan disebabkan koreografi yang diberi agak sukar untuk dilakukan. Tempiasnya juga terkena pada pasangan Sazzy dan juga Nazril,yang sebelum ini adalah antara pasangan yang mendapat pujian hebat setiap minggu. Masalah ini timbul apabila Nazril tidak dapat mengikuti langkah tarian yang diajar oleh koreografernya iaitu Papa J, ini membuatkan Nazril agak tertekan.

Saingan yang semakin sengit, cabaran yang kian sukar, debaran juga kian terasa, namun mampukah mereka mengatasi masalah yang dihadapi? Apa pula cerita dengan pasangan selebriti yang lain? Untuk mengikuti perkembangan mereka, saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam Isnin hingga Khamis hanya di Astro Ria (Saluran 104). Juga jangan lepaskan peluang untuk bersembang bersama pasangan yang tersingkir di minggu keempat, Mirna dan Noorah malam ini jam 8.00 malam di Astro @15 dan jam 9.00 malam di Butang R (Astro Ria).

Selain itu nasib pasangan selebriti menjadi fokus utama. Teruskan mengundi pasangan selebriti anda dan bantulah mereka memberi sumbangan kepada badan-badan amal yang diwakili. Undian anda amatlah diperlukan untuk memastikan mereka kekal beraksi di minggu-minggu seterusnya. Teruskan mengundi disamping menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.



DANSA TERKINI
1SEIN20%
2DIDIE19%
3ISMA18%
4SAZZY17%
5DIRA13%
6OSHIN13%
Credits to Astro




Credits to emeraldL2009

Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA


Tuesday, November 17, 2009

Tugasan Minggu Kelima (Video)



Tugasan Minggu Kelima
Memasuki minggu baru sudah semestinya tugasan akan diperolehi oleh kesemua pasangan selebriti Sehati Berdansa. Bertemakan irama Latin minggu kelima dijangka mampu memberikan suasana yang berbeza berbanding minggu-minggu sebelumnya. Kesemua pasangan telah menerima lagu tugasan masing-masing di dalam Detik Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.

Berikut adalah senarai lagu tugasan masing-masing:

Sazzy – Ku Mahu (Siti Nurhaliza)
Dira – Ingin Ku Miliki (Dayang Nurfaizah)
Sein – Se Dice De Mi (Yolando Rayo)
Oshin – Volare (Gipsy King)
Didie – Lambada (Kaoma)
Isma – Samba Ria (Fairuz Hussein)

Mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa terdapat pelbagai tarian yang dikategorikan sebagai tarian latin antaranya Cha Cha Cha, Samba, Jive, Rumba dan Paso Doble. Justeru, sudah semestinya pelbagai kelainan bakal ditampilkan oleh kesemua pasangan selebriti. Namun apa yang pasti kesemua pasangan selebriti ini seakan-akan teruja dengan tema yang diperolehi minggu ini.

Mampukah mereka menyahut cabaran ini? Untuk mengikuti perkembangan mereka saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam Isnin hinga Khamis hanya di Astro Ria (saluran 104). Juga jangan lepaskan peluang untuk bersembang dengan pasangan yang tersingkir di minggu keempat, Mirna dan Noorah esok jam 8.00 malam di Astro@15 dan 9.00 malam di Butang R (Astro Ria).

Anita, Enot dan Mirna adalah peserta yang telah tersingkir akibat daripada kecuaian dan kealpaan anda untuk mengundi mereka. Bantulah pasangan selebriti kegemaran anda disamping membantu mereka mengumpul dana bagi badan-badan kebajikan yang mereka wakili kerana andalah yang menentukan nasib mereka. Jangan berlengah lagi. Undilah pasangan selebriti anda sekarang juga dan bantulah mereka yang memerlukan.






Credits to emeraldL2009

TUGASAN MINGGU 5

Credits to oldcdfan

Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA