ChatBox

Monday, November 30, 2009

Kejutan SB MASUK



Kejutan...SB MASUK??
Pasangan Didie dan Sham akur dengan keputusan undian apabila mereka terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan selebriti yang lain setelah diumumkan sebagai pasangan yang tersingkir sebentar tadi. Pengumuman itu dibuat oleh Awal Ashaari dalam Debaran Sehati Berdansa secara langsung dari Studio Satu, Bukit Jalil menerusi Astro Ria (saluran 104).

Dengan penyingkiran tersebut, pasangan Didie dan Sham telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM6000. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada wakil Persatuan Epilepsi Malaysia, Encik Fahrul Ariffin Wan Mansor.

Bagaikan mati hidup semula, buat pertama kalinya secara tiba-tiba kesemua pasangan selebriti yang telah tersingkir berpeluang untuk meneruskan perjuangan mereka seterusnya menyumbang kepada badan-badan amal yang diwakili oleh mereka.

Berbeza dengan minggu-minggu sebelumnya, minggu ketujuh hanya pasangan yang perlu diundi masuk sahaja akan membuat persembahan sementara empat pasangan yang masih bertahan akan direhatkan sementara termasuklah talian undian mereka.

Berbeza dengan undian sebelum ini, kuasa undian 100% terletak di tangan pengundi berbanding sebelum ini yang menggunakan 50% daripada juri dan selebihnya daripada penonton. Anda menjadi juri untuk UNDI MASUK pasangan pilihan anda. Walaubagaimanpun hanya undian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja dibenarkan. Ini bermakna sebarang undian melalui butang R dan talian tetap tidak akan dikira sama sekali.

Bagi pasangan yang berjaya diundi masuk, dana bagi badan kebajikan yang diwakili oleh mereka akan bermula dengan nilai RM1000. Kesemua peserta undi masuk dibenarkan untuk memilih lagu tugasan yang pernah dipersembahkan oleh peserta lain.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk SB MASUK pasangan pilihan anda bermula pada jam 10.30 malam ini kerana peluang hanya datang sekali. Undian anda sangat berharga demi menentukan nasib pasangan selebriti pilihan anda.

Untuk undi masuk taipkan:

Taip SBMASUK DIDIE ke 32999
Taip SBMASUK ENOT ke 32999
Taip SBMASUK MIRNA ke 32999
Taip SBMASUK OSHIN ke 32999
Taip SBMASUK ANITA ke 32999












Credits to emeraldL2009

No comments:

Post a Comment