ChatBox

Monday, November 2, 2009

ANITA, ISMADI PASANGAN PERTAMA TERSINGKIR






Teks oleh Thani Hasbullah
Foto oleh Mazlan Yunos


KUALA LUMPUR, 2 NOVEMBER 2009:
  Anita Baharom, 26, dan suami Mohamad Ismadi Ismail, 38, terpaksa akur dengan keputusan pengundi yang meletakkan mereka di tangga tercorot dan sekali gus menjadi pasangan pertama tersingkir di pentas Sehati Berdansa musim ke-3 (SB3).

Keputusan yang diumumkan pengacara Awal Ashaari pada Malam Debaran Sehati Berdansa (SB3) yang bersiaran langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil malam tadi nyata mengejutkan semua pihak oleh kerana ramai mempercayai pasangan Mirna diisingkirkan.

Mirna dan isterinya, Norah yang sebelum ini berada ditangga terbawah menarik nafas lega apabila melompat 2 anak tangga dengan mengumpul mata 42.56 pada minggu ini, mengatasi pasangan Oshin 42.07 dan Anita. 41.74



Selepas undian ditutup pasangan Sazzy  berada ditangga paling selesa dengan mengumpul 53.02 mata, diikuti Didie 50.03Dira 49.82Isma 48.32. Manakala Sein 47.97 dan Enot 43.13.

Anita dan Ismadi hanya mengutip 41.74 mata bagaimanapun tetap mengucapkan terima kasih kepada pengundi. Walaupun tersingkir mereka turut berjaya menyumbangkan RM2000 kepada Persatuan SLE Malaysia.

"Walaupun kami tersingkir di minggu kedua, tetapi kami tetap berasa bangga kerana mempunyai pengalaman berharga dalam pentas Sehati Berdansa 3. Saya telah cuba yang terbaik.

"Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada pengudi dan semua tenaga produksi yang banyak membantu kami," kata Anita.

Tarian yang bertemakan Demam Disko menampilkan 3 juri berpengalaman iaitu Peter Ong, Anita Sarawak dan Joseph Gonzales.

Seramai 8 peserta bakal meneruskan saingan di minggu hadapan
Pada Musim ini Awal Ashaari mengendalikan program Debaran Sehati Berdansa 3 dan 3 program lain iaitu  Detik Sehati Berdansa 3, Di Sebalik Sehati Berdansa 3 dan Memori Sehati Berdansa 3.

Manakala Malam Sehati Berdansa 3 dihoskan oleh Scha Al Yahya, Fahrin Ahmad.



Credits to Murai




Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk Mengundi :

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA




No comments:

Post a Comment