ChatBox

Wednesday, November 4, 2009

Detik Sehati Berdansa 3 W3 D2


Cabaran 1 Malaysia Bermula
Persoalan siapakah yang tersingkir pada minggu kedua telah pun terjawab, kini bermulanya minggu ketiga. Dengan bertemakan Tribute to Sudirman semua selebriti mengalas tanggungjawab demi meneruskan perjuangan di Sehati Berdansa musim yang ketiga di minggu yang ke 3 ini. Sesi latihan dimulakan seperti biasa sebaik sahaja tugasan masing-masing diperolehi. Semuanya dapat ditonton di dalam Detik Sehati Berdansa malam ini.

Hari ini merupakan hari pertama kesemua selebriti memulakan sesi latihan masing-masing. Kebanyakkan daripada mereka memberi tumpuan yang lebih kepada tarian India yang agak sukar berbanding tarian lain.Minggu ini pula, pasangan Sein pula yang menghadapi masalah, apabila koreografernya iaitu Bayu agak tertekan dan sukar untuk mengajar gara-gara tema untuk minggu ini agak sukar.

Lain pula ceritanya dengan pasangan Enot, kecederaan yang dialaminya masih belum pulih sepenuhnya. Ini membuatkan pergerakan Enot agak terbatas sekaligus menjadi satu masalah semasa sesi latihan berjalan. Apakah yang sebenarnya berlaku? mampukah mereka mengatasi segala masalah yang dihadapi demi menyerapkan eleman 1 Malaysia di dalam setiap tarian yang bakal dipersembahkan.

Jangan lupa saksikan Detik Sehati Berdansa Jam 9.00 malam ini di Astro Ria (saluran 104). Juga layari laman WAP SB3 di telefon bimbit anda sekarang dengan hanya menaip SB dan hantarkan ke 32888 untuk mengikuti perkembangan terbaru selebriti kesayangan anda dan dapatkan muat turun yang terkini. 



Credits to Astro







Credits to emeraldL2009







Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk Mengundi :

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:

Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

No comments:

Post a Comment