ChatBox

Wednesday, November 18, 2009

Detik Sehati Berdansa 3 W5 D3



Kejutan Buat Didie
Di hari kedua latihan, pastinya memberikan tekanan kepada pasangan selebriti Sehati Berdansa3, lantaran persembahan tarian yang bakal di persembahkan di Malam Sehati Berdansa Sabtu ini. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dilalui oleh semua pasangan sehati Berdansa3. Semuanya dapat disaksikan menerusi Detik Sehati Berdansa3 yang akan disiarkan pada jam 9.00 malam ini hanya di Astro ria (Saluran 104).

Sedang asyik mengatur langkah tarian, pasangan Didie dan Sham dikejutkan dengan kedatangan seseorang yang mengaku dirinya adalah penasihat tarian yang dihantar oleh pihak tentu. Lantaran itu menyebabkan pasangan Didie menerima teguran disebabkan langkah tarian yang tidak sempurna. Siapakah penasihat tarian tersebut? Dapatkan jawapannya malam ini.

Lain pula ceritanya dengan pasangan Dira dan juga Ash, koreografer mereka iaitu Ezrey khabarnya naik berang apabila koreografi rekaanya menerima kritikan, lantaran pengakuan Ezrey yang mengatakan dirinya tidak begitu mahir dengan tarian Salsa. Namun lain pula halnya dengan pasangan Isma dan Zul, gara-gara langkah tariannya memerlukan rambut Isma ditarik oleh Zul, menyebabkan rambut Isma mengalami keguguran.

Apa pula cerita dengan pasangan yang lain? mampukah mereka mengatasi masalah yang dihadapi, Untuk mengikuti perkembangan mereka, saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam Isnin hingga Khamis hanya di Astro Ria (Saluran 104). Juga jangan lupa luangkan masa anda bersembang bersama peserta-peserta Sehati Berdansa 3 di Butang R (Astro Ria).

Selain itu nasib pasangan selebriti menjadi fokus utama. Teruskan mengundi pasangan selebriti anda dan bantulah mereka memberi sumbangan kepada badan-badan amal yang diwakili. Undian anda amatlah diperlukan untuk memastikan mereka kekal beraksi di minggu-minggu seterusnya. Teruskan mengundi disamping menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.



DANSA TERKINI

1SEIN20%
2DIDIE19%
3ISMA18%
4SAZZY16%
5OSHIN14%
6DIRA13%



Credits to Astro


Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA


No comments:

Post a Comment