ChatBox

Wednesday, November 4, 2009

Detik Sehati Berdansa 3 W3 D3



Markyong Didera!
Seperti biasa hari ini kesemua pasangan selebriti sibuk dengan latihan masing-masing demi memberikan persembahan yang terbaik pada Malam Sehati Berdansa minggu ke 3. Pelbagai ragam dan kisah dapat ditonton di dalam Detik Sehati Berdansa yang akan disiarkan pada jam 9.00 malam ini hanya di Astro Ria (saluran 104).

Semakin dekat dengan Malam Sehati Berdansa, semakin banyak dugaan yang dihadapi oleh kesemua pasangan selebriti Sehati Berdansa musim ketiga ini. Jika dahulu Zainul yang dikatakan selalu mempunyai masalah, minggu ini kedua-dua mereka dikatakan mempunyai masalah untuk menguasai step tarian yang telah ditetapkan sehingga menyebabkan koreografer mereka, Annuar agak tertekan.

Selain itu, ada juga koreografer yang didera oleh pasangan selebriti Sehati Berdansa. Pasangan Isma dan Zul khabarnya mendera Markyong dengan menyuruhnya mengangkat berat. Mungkin itu adalah salah satu cara untuk melepaskan tekanan mereka atau mungkin juga adalah salah satu agenda Isma dan Zul untuk membalas dendam ke atas koreografernya. Dapatkan jawapannya malam ini.

Malam ini, Mirna yang membuat kejutan dengan menyanyikan lagu Allahyarham Sudirman khas untuk isterinya yang tercinta iaitu Noorah. Semuanya dapat ditonton di dalam Detik Sehati Berdansa malam ini. Apakah yang sebenarnya berlaku? Mungkinkah ada kisah yang tersembunyi di sebalik apa yang akan disiarkan malam ini?

Untuk mengetahui dan mengikuti kisah mereka jangan lupa saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam ini di Astro Ria (saluran 104). Juga layari laman WAP SB3 di telefon bimbit anda sekarang dengan hanya menaip SB dan hantarkan ke 32888 untuk mengikuti perkembangan terbaru selebriti kesayangan anda dan dapatkan muat turun yang terkini serta teruskan mengundi pasangan selebriti kegemaran anda. 






1
DIRA
32%
2
SEIN
15%
3
DIDIE
13%
4
ISMA
13%
5
SAZZY
11%
6
OSHIN
10%
7
ENOT
4%
8
MIRNA
3%


Credits to Astro





Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk Mengundi :

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:

Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA


No comments:

Post a Comment