ChatBox

Wednesday, November 25, 2009

Detik Sehati Berdansa 3 W6 D3 (Video)



Bayu Tertekan!!
Bertemakan Malam Bollywood pastinya memberikan kelainan pada Malam Sehati Berdansa Sabtu ini nanti. Akan tetapi, langkah tarian bollywood ini bukanlah sesuatu yang mudah bagi semua pasangan. Pelbagai cabaran dan dugaan yang harus dilalui oleh pasangan selebriti ini. Semuanya dapat ditonton menerusi Detik Sehati Berdansa yang akan disiarkan pada jam 9.00 malam ini hanya di Astro Ria (saluran 104).

Sudah lumrah hidup manusia, tidak pernah surut dengan masalah. Minggu ini koreografer kepada pasangan Sein dan Nana iaitu Bayu mengalami tekanan disebabkan masalah peribadi yang dihadapinya. Ini menyebabkan sesi latihan untuk hari ini agak terhalang, lantaran Bayu yang hilang keyakinan untuk mengatur langkah dalam tarian bollywood.

Kali ini, lain pula ceritanya dengan pasangan Didie dan juga Sham. Didie berasa kagum dengan Sham yang mengajarnya menari tarian bollywood. Pada masa yang sama juga koreografer mereka iaitu Bibi, memberi hukuman kepada Sham agar menari seorang diri kerena tidak mahu Sham bergantung lagi kepada Didie ketika menari.

Gara-gara tersiku kepala ketika latihan tarian secara tidak sengaja, pasangan Sazzy dan Nazril meminta koregrafer mereka Papa J supaya menukar langkah tarian. Lantaran Sazzy juga mengakui agak sukar untuk mengikuti langkah tarian yang diajarkan oleh koreografer mereka.

Mampukah mereka mengatasi segala masalah yang dihadapi demi menyahut cabaran minggu ini? Untuk mengikuti perkembangan mereka saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam Isnin hinga Khamis hanya di Astro Ria (saluran 104).

Selain itu nasib pasangan selebriti menjadi fokus utama. Teruskan mengundi pasangan selebriti anda dan bantulah mereka memberi sumbangan kepada badan-badan amal yang diwakili. Undian anda amatlah diperlukan untuk memastikan mereka kekal beraksi di minggu-minggu seterusnya. Teruskan mengundi disamping membantu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.




Credits to emeraldL2009

Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

No comments:

Post a Comment