ChatBox

Thursday, November 12, 2009

Detik Sehati Berdansa 3 W4 D3 (Video)



Oshin VS Lily
Seperti biasanya, semua pasangan selebriti Sehati Berdansa sibuk dengan latihan masing-masing untuk memberikan persembahan yang terbaik pada Malam Sehati Berdansa pada minggu ke 4. Pelbagai kisah suka duka yang dapat ditonton di dalam Detik Sehati Berdansa yang akan disiarkan pada jam 9.00 malam ini hanya di Astro Ria (saluran 104).

Setiap minggu di sesi latihan, pastinya ada masalah yang timbul akibat dari tekanan yang dialami oleh setiap pasangan selebriti Sehati Berdansa. Gara-gara koreografi yang agak sukar dilakukan, Oshin dan koreografernya Lily mengalami tekanan dan hal ini mengganggu tumpuan mereka ketika sesi latihan berlangsung.

Lain pula dengan pasangan Mirna dan Noorah, kerana terlalu bersemangat berlatih Noorah terpaksa dibawa ke hospital kerana mengalami sakit kepala yang kuat. Oleh itu, mereka tidak dapat meneruskan latihan sepanjang hari ini untuk memberi ruang kepada Noorah untuk berehat. Bagi pasangan Didie dan Sham, segalanya berjalan dengan lancar, tetapi hanya perlu memperbaiki sedikit dari segi pergerakkan dan juga langkah-langkah tarian yang memerlukan Didie dijulang ke atas.

Apa pula cerita di sebalik sesi latihan pasangan selebriti2 yang lain? Jangan lupa saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam ini di Astro Ria (saluran 104). Serta jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan klip-klip video menarik menerusi Astro Mobile TV dengan menaip AMTV dan hantarkan ke 26000 dan teruskan mengundi pasangan selebriti pilihan anda. 





DANSA Terkini

Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA 

No comments:

Post a Comment