ChatBox

Friday, November 20, 2009

Di Sebalik Sehati Berdansa 3 Minggu 5



Sazzy VS Dira
Masa kian cemburu, tinggal 1 hari lagi sebelum bermulanya malam kemuncak persembahan bertemakan Latin, yang bakal dipersembahkan di lantai tarian Sehati Berdansa3 pada Malam Sehati Berdansa Sabtu ini nanti. Namun, demi memberikan yang terbaik, pelbagai cabaran yang perlu diatasi oleh setiap pasangan selebriti Sehati Berdansa3. Segalanya dapat ditonton menerusi Di Sebalik Sehati Berdansa di Astro Ria (Saluran 104) jam 9.00 malam ini.

Dalam setiap rancangan realiti, tidak lepas terjadinya kontroversi antara satu sama lain, tidak terkecuali juga pasangan selebriti sehati berdansa musim ini. Perbalahan terjadi antara selebriti Sazzy dan juga Dira yang khabarnya berlakunya salah faham antara satu sama lain. Kisahnya bermula apabila Sazzy meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesetengah pihak yang mengundi untuk diri sendiri melalui laman sosial. Apakah sebenarnya yang berlaku?

Berbeza dengan pasangan Sein dan juga Nana, gara-gara Nana yang tidak dapat mengikuti langkah tarian yang diajar oleh koreografer mereka, terjadinya perbalahan antara Sein dan juga Nana akibat didesak oleh Sein untuk terus melakukannya. Namun lain pula halnya dengan pasangan Oshin dan Firdaus, apabila telah menerima kejutan oleh ayahnya sendiri yang datang memberi sokongan. Dalam pada masa yang sama, ayahnya juga turut ikut serta menari bersama -sama mereka didalam kelas tarian.

Bagaimana pula dengan perkembangan pasangan yang lain? Apa pula kesudahan perbalahan antara Sazzy dan juga Dira? Untuk mengetahui cerita sepenuhnya, tontonilah Sebalik Sehati Berdansa di Astro Ria malam ini jam 9.00 malam.

Selain itu nasib pasangan selebriti menjadi fokus utama. Teruskan mengundi pasangan selebriti anda dan bantulah mereka memberi sumbangan kepada badan-badan amal yang diwakili. Undian anda amatlah diperlukan untuk memastikan mereka kekal beraksi di minggu-minggu seterusnya. Teruskan mengundi disamping terus membantu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.




1
SEIN
19%
2
SAZZY
19%
3
DIRA
18%
4
ISMA
15%
5
OSHIN
15%
6
DIDIE
14%
Credits to Astro




Credits to emeraldL2009


Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

No comments:

Post a Comment