ChatBox

Saturday, November 7, 2009

Malam Sehati Berdansa 3 Minggu 3


Minggu 3: Tribute to Sudirman
Sebentar tadi telah berakhirnya Malam Sehati Berdansa yang telah disiarkan menerusi Astro Ria (Saluran 104). Kehangatan dan kemeriahan tema Tribute to Sudirman sememangnya dapat dirasai sekaligus mengingatkan kita tentang zaman kegemilangan Allahyarham Sudirman.

Persembahan daripada kesemua pasangan selebriti menyebabkan suasana di dalam Studio 1 Bukit Jalil menjadi gamat dan meriah. Berkonsepkan Satu Malaysia, kesemua peserta tampil dengan gaya persembahan yang berbeza-beza. Minggu ini kesemua persembahan diadili oleh tiga orang juri yang hadir iaitu Aris Kadir, Aznil Hj. Nawawi dan Joseph Gonzales selaku pengkritik tetap.

Berbanding minggu-minggu sebelumnya persembahan pembukaan minggu ini kurang menarik namun masih berjaya menghiburkan para penonton yang hadir. Persembahan daripada pasangan Sein dan Nana mendapat pujian dan juga teguran membina daripada ketiga-tiga juri yang hadir. Kolaborasi di antara mereka berdua sangat baik namun Nana nampak kurang enjoy berbanding Sein yang ternyata mampu menguasai pentas malam ini.

Persembahan kedua oleh Mirna dan Noorah juga adalah antara persembahan yang menghiburkan walaupun terdapat sedikit kesalahan. Mereka tampil dengan persembahan yang sangat simple sekaligus menyebabkan tiada sebarang kesalahan major yang dilakukan. Mereka berjaya menjiwai watak yang cuba disampaikan melalui persembahan mereka.

Persembahan pasangan Enot dan Zainul juga dilihat antara persembahan yang menarik malam ini. Pasangan Enot dan Zainul kelihatan sangat comel dan dianugerahkan sebagai pasangan paling sporting oleh Aris. Tidak dinafikan konsep Satu Malaysia adalah sangat sukar namun Enot berjaya menguasainya berbanding Zainul.

Bagi persembahan dari pasangan Zul dan Isma, pujian diberikan oleh ketiga-tiga juri yang hadir. Zul dikatakan mempunyai tenaga yang sangat luar biasa sesuai dengan konsep yang cuba diketengahkan. Kombinasi antara Zul dan Isma yang sangat serasi menyebabkan keseluruhan persembahan mereka menarik dan berkesan.

Persembahan Dira dan Ash adalah antara persembahan yang kurang menarik malam tadi. Koreografi mereka dikatakan tidak sesuai dengan lagu. Mereka juga dinasihati agar sentiasa berhati-hati agar postur badan mereka dapat dikekalkan di dalam setiap satu pergerakan. Walaubagaimanapun pujian tetap diberi kerana berjaya memulakan persembahan dengan baik.

Seperti minggu-minggu sebelumnya, pasangan Sazzy dan Nazril serta pasangan Didie dan Sham tampil dengan persembahan yang menarik. Koreografer Sazzy, Papa J layak menerima pujian kerana berjaya menghasilkan koreografi yang begitu menarik. Elemen Satu Malaysia berjaya diterapkan di dalam persembahan mereka dengan begitu jelas sekali.

Berikut adalah markah yang telah diberikan oleh juri-juri professional:

Sazzy – 91.33
Isma – 87.67
Oshin – 86.67
Didie – 85.30
Sein – 84.33
Enot – 82.30
Mirna – 82.00
Dira – 80.00

Sebelum berakhir pengacara Fahrin dan Scha membuat satu kejutan yang tidak dijangka oleh semua penonton di studio. Sambutan hari jadi Aznil Hj. Nawawi diadakan tanpa pengetahuannya. Semua penonton di studio termasuk pasangan selebriti Sehati Berdansa sama-sama menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir untuknya. Jelas kelihatan perasaan ceria dan sedih di wajah Aznil kerana tidak menjangka kejutan tersebut. Lebih menarik lagi apabila setiap penonton di studio mendapat cupcakes percuma sempena sambutan hari jadi Aznil.

Berbalik kepada realiti Sehati Berdansa. Sudah menjadi adat berakhirnya Malam Sehati Berdansa maka akan muncullah Debaran Sehati Berdansa. Mungkinkah akan ada pasangan yang akan tersingkir minggu ini? Siapakah yang bakal mengikut jejak pasangan Anita?

Untuk mendapatkan jawapannya saksikan Debaran Sehati Berdansa esok jam 9.00 malam hanya di Astro Ria (saluran 104). Layari laman WAP PORTAL Sehati Berdansa untuk mendapatkan maklumat tentang selebriti kesayangan anda dan juga muat turun terkini. Taipkan SB dan hantarkan ke 32888 dan jangan lupa teruskan mengundi pasangan selebriti pilihan anda.
 



Credits to Astro


Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

1 comment:

  1. tak setuju lah dgn artikle astro ni... lagi2 tentang pasangan yg hanya menari setapak dua... pasangan lain yg menari penuh tenaga, melangkah sana sini dpt markah lbh rendah dari yg hanya menari setapak dua (setakat goyang2 badan je)... btw, undian akan membantu dira & ash... keep voting

    ReplyDelete