ChatBox

Sunday, November 29, 2009

Malam Sehati Berdansa 3 Minggu 6 (Video)



Minggu 6: Irama Bollywood
Sebentar tadi telah berakhirnya Malam Sehati Berdansa yang telah disiarkan menerusi Astro Ria (Saluran 104). Seperti yang dijangka irama Bollywood sememangnya mampu menghangatkan suasana malam ini. Keenam-enam pasangan selebriti telah berjaya menghiburkan kesemua penonton yang hadir.

Bertemakan Malam Bollywood kesemua pasangan selebriti berjaya memberikan persembahan yang cukup menarik dan rata-rata mendapat komen-komen positif daripada ketiga-tiga juri yang hadir iaitu Ganesh K, Vanida Imran dan juga Joseph Gonzales selaku juri tetap.

Persembahan pertama oleh pasangan Didie dan Sham berjaya menghiburkan kesemua penonton yang hadir. Komen-komen yang diberikan oleh ketiga-tiga juri ternyata mampu memuaskan hati kedua-dua mereka. Ekspresi muka dan keserasian yang baik diantara satu sama lain menjadi kekuatan mereka, namun elemen tarian klasik haruslah diperbaiki.

Berbanding minggu-minggu sebelumnya, persembahan pasangan Sein dan Nana minggu ini menunjukkan peningkatan berganda apabila Nana berjaya menjiwai watak di dalam tarian mereka. Mereka dikatakan benar-benar sehati berdansa apabila berjaya membina keserasiaan yang hebat di antara satu sama lain.

Persembahan ketiga oleh Isma dan Zul mendapat pujian hebat dari ketiga-tiga juri yang hadir. Kedua-dua mereka tampil dengan koreografi yang cukup bagus dan padat dengan elemen tarian Bollywood. Keserasian dan penggunaan pentas yang baik menjadi kekuatan mereka.

Berbeza dengan pasangan Isma dan Zul, pasangan Sazzy tidak berjaya mengekalkan prestasi mereka. Akibat daripada lupa langkah tarian yang ditetapkan, Nazril seolah-olah hilang punca. Namun, mereka masih mampu meneruskan langkah tarian mereka.

Bagi pasangan Dira dan Ash minggu ini mereka tampil memberikan persembahan yang begitu hebat. Kedua-dua mereka nampak berseri dan menghiburkan. Kedua-dua mereka menunjukkan peningkatan yang sangat ketara sekaligus menyebabkan segala penat lelah Dira dan Ash minggu ini berbaloi.

Berikut adalah markah yang telah diberikan oleh juri-juri professional:

Dira - 93.67
Isma - 93.00
Sazzy - 90.33
Sein - 89.33
Didie - 83.67

Markah daripada juri sudah diperolehi, tetapi kuasa untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi juara dan siapakah yang bakal tersingkir di minggu hadapan juga terletak di tangan para penonton. Teruskan mengundi pasangan selebriti anda dan bantulah mereka memberi sumbangan kepada badan-badan amal yang diwakili. Undian anda amatlah diperlukan untuk memastikan mereka kekal beraksi di minggu-minggu seterusnya. Teruskan mengundi disamping terus membantu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.






Credits to emeraldL2009

Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

No comments:

Post a Comment