ChatBox

Friday, November 13, 2009

Di Sebalik Sehati Berdansa 3 Minggu 4



Tribute To Enot
Menjelang Malam Sehati Berdansa Sabtu ini, kesemua pasangan masih lagi sibuk membuat persediaan terakhir. Saksikan sorotan persediaan kesemuan pasangan selebriti sepanjang minggu keempat dalam Di Sebalik Sehati Berdansa malam ini.

Seminggu telah berlalu. Namun kenangan bersama pasangan Enot dan Zainul masih lagi segar di dalam ingatan. Bersemperna dengan itu malam ini akan diselitkan slot Tribute to Enot yang akan mengimbau segala kenangan suka dan duka sepanjang Enot dan Zainul bersama Sehati Berdansa.

Selain itu, malam ini pasangan Isma dan Zul menjadi tumpuan utama. Khabarnya Isma dan Zul mengalami sedikit masalah kesihatan. Kaki Isma yang terseliuh ditambah lagi dengan demam yang dihidapi meraka berdua menjadi penghalang utama minggu ini. Walaubagaimanapun, Markyong
masih mempunyai 300% keyakinan terhadap mereka.

Bagi pasangan Sazzy dan Nazril, koreografi yang telah direka oleh Papa J minggu ini tidak mempunyai sebarang masalah. Penasihat tarian Farah Sulaiman sangat menyukai koreografi mereka. Walaubagaimanapun Sazzy dan Nazril tetap menerima pandangan Farah dengan mengikut step tarian yang disarankan olehnya. Namun Nazril dinasihatkan untuk lebih member tumpuan kepada mimik muka.

Bagaimanakah dengan pasangan-pasangan selebriti yang lain? Apakah kisah yang berlaku disepanjang sesi latihan mereka? Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa saksikan Di Sebalik Sehati Berdansa jam 9.00 malam ini hanya di Astro Ria (saluran 104). Serta jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan klip-klip video menarik menerusi Astro Mobile TV dengan menaip AMTV dan hantarkan ke 26000.

Mungkinkah pasangan kegemaran anda bakal tersingkir minggu ini? Andalah yang menentukan nasib mereka. Bantulah pasangan selebriti anda disamping membantu mereka mengumpul dana bagi badan-badan kebajikan yang mereka wakili. Jangan berlengah lagi. Undilah pasangan selebriti anda sekarang juga dan bantulah mereka yang memerlukan.



Credits to Astro


DANSA TERKINI

1DIRA25%
2SEIN24%
3ISMA19%
4OSHIN16%
5SAZZY8%
6DIDIE7%
7MIRNA2%



Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA 

No comments:

Post a Comment