ChatBox

Saturday, November 28, 2009

Di Sebalik Sehati Berdansa 3 Minggu 6 (Video)



Ucapan Terakhir Oshin Dan Firdaus
Hari ini, kesemua pasangan masih lagi sibuk membuat persediaan terakhir walaupun hanya tinggal satu hari sahaja lagi sebelum menjelang Malam Sehati Berdansa. Saksikan sorotan persediaan kesemua pasangan selebriti sepanjang minggu keenam dalam Di Sebalik Sehati Berdansa malam ini.

Seminggu telah berlalu. Namun kenangan bersama pasangan Oshin dan Firdaus masih lagi segar di dalam ingatan. Seperti biasa Di Sebalik Sehati Berdansa malam ini akan dimulakan dengan ucapan penyingkiran daripada pasangan Oshin dan Firdaus.

Berbeza dengan sebelumnya malam ini dapat disaksikan luahan Markyong mengenai prestasi Isma dan Zul. Markyong mengatakan ada segelintir wartawan membuat kenyataan bahawa Isma dan Zul tidak boleh menari. Namun semuanya dinafikan apabila penasihat tarian, Farah Sulaiman teruja melihat persembahan daripada mereka.

Bagi pasangan Dira dan Ash pula, minggu ini persediaan dilakukan lebih daripada minggu-minggu sebelumnya. Walaupun tidak berpuas hati dengan kritikan daripada orang-orang sekeliling dan juga penonton namun perjuangan tetap diteruskan dan penyingkiran tetap menjadi perkara yang paling digeruninya.

Bagaimanakah dengan pasangan-pasangan selebriti yang lain? Apakah kisah yang berlaku disepanjang sesi latihan mereka? Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa saksikan Di Sebalik Sehati Berdansa jam 9.00 malam ini hanya di Astro Ria (saluran 104). Serta jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan album gambar Dansa Cinta di telefon bimbit anda. Taipkan SB GLAM dan hantarkan ke 32888.

Mungkinkah pasangan kegemaran anda bakal tersingkir minggu ini? Andalah yang menentukan nasib mereka. Bantulah pasangan selebriti anda disamping membantu mereka mengumpul dana bagi badan-badan kebajikan yang mereka wakili. Jangan berlengah lagi. Undilah pasangan selebriti anda sekarang juga dan bantulah mereka yang memerlukan.

DANSA TERKINI

1SEIN25%
2ISMA21%
3DIRA20%
4SAZZY19%
5DIDIE16%






Credits to emeraldL2009

Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

No comments:

Post a Comment