ChatBox

Monday, November 9, 2009

ENOT DAN SUAMI TELAH TERSINGKIR!



Teks oleh Thani Hasbullah


KUALA LUMPUR, 9 NOVEMBER 2009:
  Debaran Sehati Berdansa minggu ke-3 yang bersiaran langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil malam tadi menyaksikan pasangan Enot & Zainul telah tersingkir apabila mereka berada di tangga tercorot.


Keputusan yang diumumkan pengacara Awal Ashaari menjadi jangkaan ramai apabila juri tetap, Joseph Gonzales  menyebut persembahan Enot & Zainul tidak menunjukkan peningkatan pada minggu ini.


Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 31, dan suami Zainul Abidin Mat Noor, 38, menjadi pasangan kedua tersingkir selepas mengikut jejak langkah Anita & Ismadi pada minggu lalu.


Pasangan Enot yang mengutip markah terendah iaitu 43.96 peratus, di bawah Mirna, 44.91. Dira berada pada kedudukan teratas dengan mengutip, 53.57 manakala Sazzy, 51.21; Sein, 50.17; Isma, 49.49; Didie, 48.87 dan Oshin, 47.99.



Bagaimanapun, Enot & Zainul tetap berjaya mengumpul RM3,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya, Yayasan Paru-Paru Malaysia. Cek disampaikan kepada wakil dari pertubuhan tersebut sebelum pasangan itu mempersembahkan tarian terakhir kepada para penonton.


Selain Joseph Gonzales, Aznil Hj Nawawi dan Aris Kadir turut diundang menjadi juri jemputan pada minggu ini yang menyaksikan konsep persembahan tribute buat Allahyarham Sudirman, kelmarin. Ia seperti biasa dikendalikan oleh Acha Al Yahya dan bekas kekasihnya, Fahrin Ahmad.


Seramai 7 peserta bakal meneruskan saingan di minggu hadapan. Sebelum ini, Enot pernah mengalami kecederaan kaki selepas terjatuh di bilik air. Bagaimanapun dia tetap meneruskan perjuangan di pentas itu minggu lalu dengan semangat membantu rumah kebajikan yang diwakili beliau dan suaminya.



Credits to Murai


DANSA TERKINI

1SEIN25%
2DIRA21%
3ISMA17%
4DIDIE17%
5SAZZY9%
6OSHIN7%
7MIRNA3%



Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

No comments:

Post a Comment