ChatBox

Friday, February 19, 2010

Dapatkan T-shirt Dirash Frenz LIMITED EDITION sekarang!!!




T-shirt DIRASH FRENZ. VERY LIMITED EDITION!!!

RM23 sehelai
Stok sgt limited! Sape cpt, dia dpt! 

Utk mereka yg nk dtg bg support utk team Dirash Frenz pd 28 Feb 2010, digalakkan utk membeli tshirt ni sbb wakil Dirash Frenz yg bermain bowling nnt pun akan pkai tshirt ni ^_^

Tshirt ni akan digunakan utk mana2 event yg melibatkan Dira & Ash. 
So, cpt3x! Dapatkan segera sementara stok masih ada =)

Sape yg nk, sila buat pembayaran ke Maybank 161051409056 atas nama Zariha Fazlina dan emailkan bukti pembayaran anda ke dirash09@gmail.com



Sebarang masalah, hubungi Zarry 013-4010618

Saturday, February 13, 2010

Dira Tidak Memberi Saingan dlm ABPBH09???




Saingan sengit dalam kategori pelakon TV




MASUK minggu kedua undian Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang bermula sejak 22 Januari lalu, jelas menunjukkan saingan yang begitu sengit dalam kategori Pelakon TV Lelaki dan Wanita serta Pelakon Filem Lelaki sementara kategori yang langsung tidak menunjukkan saingan adalah dalam kategori Penyanyi Wanita Popular.

Datuk Siti Nurhaliza yang sudah memegang trofi itu selama 12 tahun jelas masih mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular. Penyanyi yang terkenal dengan gelaran The Dancing Queen, Stacy pula langsung tidak menjadi saingan kepada Siti. Malah, undian yang diterima Stacy sangat jauh berbanding undian untuk Siti. Tidak juga Yuna yang baru saja menduduki tempat kedua dalam Anugerah Juara Lagu baru-baru ini ataupun si kecil molek Mila dan penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor. Jika peminat Stacy, Yuna, Mila atau Jaclyn masih mengambil sikap tunggu dan lihat, maka jelas sekali gelaran Penyanyi Wanita Popular tetap menjadi milik Siti.



Bangkitlah peminat Faizal Tahir dan Aizat kerana setakat ini, undian tidak langsung memberangsangkan bagi kedua-dua penyanyi berbakat besar ini. Undian ternyata berpihak kepada Mawi, Akim dan Adam, penyanyi yang lahir daripada program Akademi Fantasia. Jika trend undian adalah seperti ini sehingga tarikh akhir penghantaran borang pada 19 Mac, trofi mungkin menjadi milik protege Datin Seri Tiara Jacquelina, Akim ataupun terus kekal di tangan Mawi yang mengungguli kategori itu selama empat tahun berturut-turut.

Bagaimanapun, bagi kategori Pelakon Filem, dua calon yang sudah pun bergelar bapa iaitu Aaron Aziz dan Que Haidar masing-masing mendapat undian tinggi berbanding calon lain. Tahun lalu Que Haidar menjadi pilihan pembaca Berita Harian untuk kategori ini. Namun kedudukan itu boleh berubah jika peminat Afdlin Shauki, Farid Kamil dan Zul Huzaimy mengambil inisiatif untuk terus mengundi.

Dalam kategori Pelakon TV Lelaki pula, saingan yang hebat adalah daripada 'adik beradik' popular, Remy Ishak dan Fizz Fairuz. Impak drama bersiri Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang mencatat rating 5 juta penonton memberi kelebihan kepada kedua-dua pelakon kacak ini. Bagaimanapun jangan menidakkan kelebihan tiga lagi calon - Aaron Aziz, Fahrin Ahmad dan juga Fizo Omar. Fahrin misalnya, undian mungkin bertambah kerana isu 'menangis' gara-gara Linda Onn membuatkan peminatnya bersimpati.



Dalam kategori Pelakon TV dan Filem Popular Wanita, saingan begitu sengit sehingga sukar untuk menentukan siapakah akhirnya yang akan mengungguli dua kategori ini. Calon yang barangkali berpeluang menggenggam trofi bagi Pelakon TV Wanita adalah Fasha Sandha yang tahun lalu bukan calon pilihan. Impak populariti Tiz Zaqyah melalui drama bersiri Nur Kasih tidak menjadi dalam ABPBH2009. Nampak gayanya, undian 'benci Fasha Sandha' yang diwujudkan sesetengah pihak dalam Facebook tidak menyekat kemaraan artis jelita ini. Bangkitlah peminat Tiz dan Scha Alyahya!

Manakala bagi filem pula, populariti Maya Karin belum terjejas. Tetapi undian untuk Liyana Jasmay semakin mencurah masuk. Mana perginya peminat Sharifah Amani, Diana Danielle dan yang memeranjatkan Lisa Surihani?

Sesuatu yang mengejutkan juga berlaku dalam undian kategori Penyampai Radio Lelaki Popular, di mana undian lebih berpihak kepada Aznil Nawawi (Era) sedangkan tahun lalu kategori itu adalah milik Faizal Ismail (Hot FM). Begitu juga bagi penyampai radio wanita, Fara Fauzana (Hot FM) ketinggalan di belakang Linda Onn (yang sebelum ini bertanding atas tiket Sinar FM tetapi kini di Suria FM). Barangkali kontroversi Fahrin-Linda, memberikan undi simpati kepadanya. Bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular pula, sekali lagi Aznil terus mengungguli sementara bagi wanitanya pula, Fara Fauzana terus menjadi pilihan setakat ini. Tetapi jangan menafikan kemaraan Sarimah Ibrahim kerana ketika analisis ini ditulis, undian untuknya semakin bertambah.

Saingan sengit juga wujud dalam kategori Artis Baru Lelaki dan Wanita Popular tetapi undi lebih berpihak kepada juara Akademi Fantasia musim ketujuh, Hafiz diikuti oleh Akim dan Black, juara program realiti Mentor terbitan TV3. Mengikut tradisi tiga, empat tahun kebelakangan ini, kategori ini selalunya menjadi milik juara AF. Tetapi tidak mustahil ia menjadi milik Black kerana kejayaannya dinobatkan sebagai Vokal Terbaik dalam AJL baru-baru ini memberi satu kelebihan kepadanya. Sementara itu, bagi kategori wanitanya pula, setakat ini menyaksikan saingan hebat dua calon iaitu Tiz Zaqyah dan penyanyi Yang Sebenarnya, Yuna.



Dalam kategori Pelakon Komedi Lelaki, nasib tidak lagi menyebelahi Nabil setakat ini. Jika pola pengundian tidak berubah, tidak mustahil Bintang Paling Popular ABPBH2008 ini tidak lagi menjadi pilihan peminat. Kehadiran Saiful Apek dan AC Mizal dalam dunia hiburan terus mendapat perhatian khalayak peminat hiburan tanah air. Kehadiran Zizan, hos sebuah lagi program popular Raja Lawak terbitan Astro, juga semakin mendapat tempat di hati peminat. Bagi wanita pula, undian untuk Kenchana Dewi semakin meningkat meninggalkan calon lain iaitu Didie Alias, Enot, Nik Sayiddah dan paling memeranjatkan Noorkhiriah yang menang dalam kategori ini tahun lalu kurang mendapat undian.

Kategori nasyid? Ya... seperti tahun-tahun sebelumnya ia masih lagi diungguli kumpulan Rabbani. Jika anda mahukan memberi peluang kepada kumpulan lain untuk menggenggam trofi itu, undilah calon lain. Sementara itu, bagi kategori penyanyi kumpulan/duo popular, saingan sengit di antara Bunkface dan gandingan mantap Adam & Stacy. Ke mana perginya peminat Hujan, Meet Uncle Hussain dan 6ixth Sense?

Begitulah analisis undian awal dalam tempoh dua minggu ini. Keputusan undian boleh berubah bila-bila masa bergantung kepada kehendak pembaca dan peminat. Gunakanlah mandat yang sudah diberikan kepada anda itu untuk memilih artis pilihan anda sendiri dan bukan pilihan majoriti kerana pilihan pemenang BUKAN PILIHAN TEPAT. Undi jangan tak undi!



********************************************************


Undian Linda, Sarimah meningkat mendadak 






KONTROVERSIyang melanda penyampai radio yang beralih angin daripada Sinar FM keSuria FM melonjakkan undian terhadapnya. Malah, kes dirinya yang bakalmenghadapi tindakan Fahrin Ahmad gara-gara dakwaan aktor kacak itumengasarinya, barangkali membuatkan peminat wanita Linda bersimpatiterhadapnya lalu meluahkan sokongan mereka terhadapnya melalui undi.

Ini sekali gus menipiskan peluang penyampai Hot FM, FaraFauzana yang sudah dua tahun berturut-turut memegang trofi PenyampaiRadio Wanita Popular. Jika trend undian sebegini berterusan sehinggatarikh tutup kira-kira sebulan lagi, barangkali tidak mustahil Lindakembali menggenggam trofi itu.

Kali terakhir penyampai radio tinggi lampai itu memeganggelaran Penyampai Radio Wanita Popular adalah pada tahun 2006. BeritaHarian memperkenalkan kategori ini mulai tahun 2001 dan sejak itu,Linda tidak pernah gagal mendapat undian tertinggi peminatnya. Enamtahun bergelar penyampai radio popular bukan calang-calang orang bolehmenikmatinya, tetapi gadis ini ‘memang sesuatu’.
        
    Bagaimanapun,undian terhadap Fahrin masih lagi di takuk lama. Malah, duta kepadabeberapa produk popular itu tidak langsung memberi cabaran kepada calonlain seperti Aaron Aziz, Fizz Fairuz, Fizo Omar dan Remy Ishak dalamkategori Pelakon TV Lelaki Popular. Jika minggu lalu, saingan setiapmereka adalah sengit, tetapi minggu ini sudah ketara, peminat Remy danFizz pula mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ saja.

Tidak mustahil, Aaron bakal menggenggam trofi ini sepertikategori Pelakon Filem Lelaki Popular yang turut membariskan namanya.Jika minggu lalu, undian terhadap Que Haidar sama naik dengan Aarontetapi minggu ini, undiannya mula merosot. Peminat Zul Huzaimy, AfdlinShauki dan Farid Kamil mula bangkit daripada lena yang panjang.

Barangkali hadiah yang ditawarkan Berita Harian kepada pembacayang mengundi melalui surat khabar seperti kereta Nissan Grand Livina1.6L, motosikal Naza Blade 250, barang kemas Habib Jewels dan pelbagaihadiah yang lain membuka mata mereka. 





Seoranglagi artis yang undiannya ‘meletup’ adalah pengacara mulut becok,Sarimah Ibrahim yang bersaingan dengan Fara Fauzana, Cheryl Samad,Nurul Syuhada dan Raja Azura dalam kategori Pengacara TV WanitaPopular. Silap hari bulan jika Fara baru-baru ini berkata saingannyaadalah Raja Azura kerana undian setakat ini menunjukkan dia mendapatsaingan hebat Sarimah yang menjadi hos Diari AF dan terbaru, sebuahprogram realiti Asian Biggest Losers.

Jika trend undian ini berterusan, nampak gayanya Fara mungkinakan kehilangan dua trofi dalam Anugerah Bintang Popular 2009 yang akanberlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 4 April ini.Bangkitlah peminat Fara! Buktikan sokongan anda terhadapnya. Manaperginya lebih 100,000 peminat yang kononnya menyatakan sokonganterhadap Fara melalui Hot FM?

Dalam kategori Penyanyi Wanita Popular, tidak banyak perubahanundian yang menarik untuk diperkatakan minggu ini. Malah Datuk SitiNurhaliza sudah jauh meninggalkan Stacy dan Yuna, apatah lagi JaclynVictor dan Mila. Begitu juga dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular,bintang kelahiran Astro seperti Mawi, Adam dan Akim masih mendapattempat di hati peminatnya. Sekali lagi, bangkitlah peminat Faizal Tahirdan Aizat!

Berikut adalah antara calon yang mendapat saingan mengikut kategori:
                                Penyanyi Duo/Berkumpulan PopularBunkface adalah saingan Adam & Stacy, Meet Uncle Hussain

Penyanyi Nasyid PopularRaihan adalah saingan Rabbani

Pelakon Filem Wanita PopularLiyana Jasmay adalah saingan Maya Karin

Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha adalah saingan Rozita Che Wan

Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Nawawi adalah saingan Faizal Ismail, Ally Iskandar

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail adalah saingan Aznil Nawawi, Kieran

Artis Komedi Lelaki Popular
Saiful Apek adalah saingan Zizan, Nabil

Artis Komedi Wanita Popular
Kenchana Dewi adalah saingan Noorkhiriah

Artis Baru Lelaki Popular
Akim adalah saingan Hafiz, Black

Artis Baru Wanita Popular
Isma adalah saingan Tiz Zaqyah



Credits to Berita Harian


P/S: Ternyata undian untuk Dira masih blom ckup. Seperti Dira langsung tidak memberi saingan dlm kategori Artis Wanita Baru Popular. Apakah tindakan anda? Mahu sekadar melihat atau melihat dan mengundi? 





Thursday, February 11, 2010

Sape Cepat Dia Dapat! Satu Tempat Kosong utk wakil team Dirash Frenz utk Candy Bowling Tournament!!!


Dirash Frenz Team I
1. Pika
2. Dekna
3. Waniey
4. Syera

Dirash Frenz Team II
1. Ween
2. -
3. Reserved
4. Reserved

Dirash Frenz Team III
1. Anis Natasha
2. Nur Afiqah
3. Syahirah
4. Aimuni

Ada 1 lagi tempat kosong utk diisi. Sape nk? Sape nk, contact Zarry 013-4010618 sebelum 12 Feb 2010 jam 12pm. Bayaran sebanyak RM40 dikenakan. First come, first serve!!!

Saturday, February 6, 2010

Request Anggun (Bau) di radio-radio tempatan!!!

Request Lagu Anggun - Bau di radio-radio tempatan seperti HotFM, Era, XfreshFM, Suria FM, dll.

HotFM :
Zon Dedikasi

Setiap malam Isnin - Jumaat



HotFM Korner


Setiap Sabtu & Ahad, 12pm-9pm
Utk request secara on9, sila ke link ini : HotFM Korner


Contoh

EraFM
Pilihanmu Di Era

Request lagu melalui on9 :
Sila ke link ini : Pilihanmu Di Era

Contoh

Melalui Talian : 03 - 9543 3355
Melalui Faks : 03- 9543 5676
atau Melalui SMS : taip ERAPDE Lagu Pertama, Lagu Kedua dan hantarkan ke 32555
Contoh : ERAPDE Anggun-Bau, Keranamu-Bau ke 32555

XFM
Lagu Untukmu

Bermula jam 10 malam, Isnin - Jumaat

Untuk request :
Melalui Talian : 03-95433388
atau Melalui SMS : taip SHAC dan hantarkan ke 32399

Suria FM
Request @Suria

Untuk request melalui on9:
Sila klik link ini : Request @Suria
Contoh




Wednesday, February 3, 2010

TANDA & Bowling Tournament *Update*


"6 pengarah, 20 pelakon, satu tanda"

Persembahan teater ini berkonsepkan kolaborasi yang mengabungkan enam orang pengarah untuk mementaskan sebuah persembahan. Setiap pengarah akan mengarahkan sebuah cerita yang berkaitan dengan tema; iaitu alam sekitar dan kemusnahan alam yang berdurasi 15 minit setiap satu.

Setiap cerita pendek ini akan bercantum dengan teras utama cerita yang disampaikan dalam bentuk persembahan ensamble secara fizikal.



Sesiapa yg berminat utk menonton teater Tanda ini bersama Dirash Frenz yg lain pada 4 Feb 2010 jam 8 malam, sila nyatakan :

i) Nama
ii) Umur
iii) Student/Bekerja



Sebelum atau pada 3 Feb 2010 jam 8 malam.


Harga Tiket : RM15 (Pelajar), RM30


Untuk yang ingin menonton pada hari lain slain 4 Feb 2010, boleh berurusan terus dengan Hafiz di 012-2395209 atau melalui e-mail : teater.tanda@gmail.com


**********************************************



Bowling wt Candy Clement anjuran United Community Malaysia & Kokoque

Date : 28th February 2010
Time : 9 am
Venue : Wangsa Walk Mall
Fee : RM160 per team (4 peoples with at least 1 lady)

There will interesting prizes and performances from Candy & friends.

Dirash Frenz Team I
1. Pika
2. Dekna
3. Waniey
4. Syera

Dirash Frenz Team II
1. Anis Natasha
2. Nur Afiqah
3. Syahirah
4. Aimuni

Dirash Frenz Team III
1. Ween
2. Reserved
3. Reserved
4. Reserved


From KLCC (A) to Wangsa Walk Mall (B)


From Wangsa Maju LRT Station (A) to Wangsa Walk Mall (B)



Semua peminat Dira & Ash digalakkan utk turut serta datang utk memberi sokongan dan memeriahkan lagi Team Dirash Frenz (ada hadiah utk Team Paling Havoc & Sporting). Jumpa anda di sana ok!

Dira's Collection 2


Seratus Hari Jadi merupakan sebuah telemovie terbitan Greenlight Pictures. Telemovie arahan Woo Ming Jin ini dibintangi oleh Dira Abu Zahar, Zahiril Adzim dan Fared Ayam dan turut dibantu oleh Radhi Khalid, Sherry Abdullah, Tony Eusoff, Jeff Omar dan penampilan khas, Hujan.


Seratus Hari Jadi Part 2




*Sambungan yang seterusnya akan diupload dalam Dira's Collection 3 kelak.


P/S:Sorry dh lama x upd8. heeeeeeeeee =)