ChatBox

Showing posts with label Ash. Show all posts
Showing posts with label Ash. Show all posts

Wednesday, April 21, 2010

Murah Rezeki Ash

Dengarnya...: Murah rezeki Ash
Oleh Normah Becok

2010/04/21

CIK Normah dapat tahu bukan saja rezeki Dira Abu Zahar yang murah sejak bergelar janda, malah bekas suaminya, Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid turut melalui tempias yang sama. Cik Normah dapat tahu, Ash banyak berterima kasih kepada bekas anggota Meet Uncle Hussain, Azlan. 

Azlan menerusi kumpulannya Azlan & The Typewriter seperti membuka pintu kepada Ash untuk kembali aktif dalam bidang muzik. Mungkin ada yang perasan, Ash juga mengiringi persembahan kumpulan itu di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 4 April lalu.

Cik Normah dapat tahu, itu sebagai petanda Ash akan menyertai kumpulan terbabit atau paling tidak pun sebagai pemuzik undangan. Tak kisahlah. Selain itu, kumpulan Bau yang pernah memperkenalkan Ash sebagai pemain keyboard juga masih wujud cuma kesibukan anggota masing-masing dengan kerja tetap membataskan perjuangan mereka. Pada masa yang sama, Ash juga menganggotai kumpulan yang dipanggil They Will Kill Us All. Cik Normah dengar-dengar, Ash juga nak membentuk kumpulan baru tapi semua itu masih dalam perancangan. Selain bermain alat muzik, Ash juga sebenarnya pandai menyanyi. 

Dia pernah menghasilkan sebuah lagu Berakhir Sudah yang dikatakan kononnya sebagai gambaran apa yang terjadi kepada rumah tangganya yang dibina sejak tiga tahun lalu bersama Dira. Tapi Cik Normah difahamkan, lagu yang dimuat turun di laman Youtube itu sebenarnya sebagai promosi kepada mana-mana pihak yang berminat. 

Maksudnya, jika ada penyanyi atau syarikat rakaman yang berminat untuk memiliki lagu itu boleh diajak berbincang. Kalau nak tahu, Ash juga bekerja di ERama Kreatif Sdn Bhd sebagai pengarah muzik. Syarikat itu lebih kepada memuat turun lagu. 

Menurut Ash seperti yang diberitahu kepada teman sepejabat Cik Normah, kepada mana-mana syarikat rakaman atau penyanyi yang ingin menjual lagu mereka secara online seperti Itunes boleh menghubungi Azlan Kadir di talian, 012-2260010. 

Courtesy to Berita Harian

Thursday, April 8, 2010

Dira, Ash sudah berpisah

Dira, Ash sudah berpisah
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my
2010/04/08

Sedang tunggu keputusan Mahkamah Syariah sahkan perceraian

TIADA apa lagi yang disembunyikan apabila Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau Ash, 27 mengesahkan rumah tangganya bersama finalis bagi kategori Artis Baru Wanita di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2009), Dira Abu Zahar, 26, memang tidak dapat diselamatkan.

Bahkan Ash sendiri mengaku sudah mengemukakan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Syariah.

“Kalau perceraian kami disahkan oleh mahkamah, bererti ia mencatat sejarah dalam keluarga saya. Memang dalam keluarga saya, belum ada yang bercerai berai. Tapi ini semua sudah ketentuan Tuhan.

“Memang saya hendak selamatkan rumah tangga kami. Saya masih sayangkan Dira. Tapi kalau sudah tiada jodoh antara kami, saya tidak pun tidak mampu melawannya,” demikian kata Ash.

Pengakuan Ash itu sekali gus menjelaskan kedudukan sebenar hubungannya dengan Dira. Kelmarin ketika ditemubual dalam ruangan Jawablah, Dira menafikan rumah tangganya bergolak. Dira menegaskan kehidupannya bersama Ash bahagia walaupun mereka sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.

Dira dan Ash mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahu lalu dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Tengku Anggun Deandra.
Begitu pun, desas desus mengatakan rumah tangga mereka sebenarnya agak goncang dan kedua-duanya pernah dikatakan tidak tinggal sebumbung. Penyertaan Ash dan Dira dalam program Sehati Berdansa musim keempat yang lalu dikatakan sebagai usaha untuk memulihkan hubungan mereka.

Namun, niat suci itu tidak kesampaian. Pertemuan Hip dengan Ash Sabtu lalu ketika dia terbabit dengan sesi raptai penuh ABPBH2009 persembahan bersama Azlan & The Typewriter merungkai sedikit gejolak perasaannya.

enurut Ash, jika ABPBH 2007 mereka pernah hadir sebagai pasangan suami isteri kerana nama Dira masih belum dikenali tetapi untuk ABPBH 2009 baru-baru ini, mereka hadir secara berasingan. Ash terbabit dengan persembahan, manakala Dira hadir sebagai calon Top 5 dan ditemani Zahiril Adzim.

“Apa yang boleh katakan saya mahu menjernihkan kembali hubungan kami. Ia tiada kena mengena dengan status dirinya yang datang dari keluarga berada. Tapi ia demi masa depan anak kami. Tapi kalau soal hati sudah berkata tidak mahu, mungkin saya sudah gagal bertindak sebagai ketua keluarga.

“Saya tak nak kata masalah kami berpunca sebab dia berubah kerana dunia glamor ataupun orang ketiga. Saya sendiri tidak tahu apa punca dia berubah. Yang saya tahu, dia memang sangat kuat bekerja. Pergaulannya mungkin membuatkan dia berubah tanpa disedari,” kata pemain keyboard kumpulan Bau itu.

Sementara itu Dira yang dihubungi Hip memberitahu bukan niat dirinya berselindung dengan tidak menjelaskan perkara sebenar. Akuinya, dia cuma enggan mengeruhkan keadaan yang sudah tidak menentu. Kenyataannya dalam ruangan Jawablah semalam dilihat sebagai ‘kenyataan selamat’.

“Saya kecewa dengan perkahwinan ini. Ia tak jadi seperti yang saya impikan. Saya melalui keadaan begini mungkin kerana terlalu berharap. Jadi saya putuskan untuk tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

“Saya hanya mampu melakukan yang terbaik. Jika saya tidak dapat mempertahankan rumah tangga ini saya reda. Sebab saya tak nak kecewa sepanjang masa. Apa yang lebih penting ialah masa depan anak kami. Soal kebajikan anak, saya tidak ada masalah untuk berkongsi dengan bekas suami” katanya yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama Arjuna untuk TV3.

Dalam pada itu, Dira juga tidak dapat menidakkan reaksi pihak tertentu yang melihat perceraian mereka disebabkan dirinya yang dikatakan berlaku curang dan sudah lupa diri selepas mencipta populariti. Sedangkan, hanya empunya diri yang tahu kenyataan sebenar.

“Kalau saya sudah lama nak jadi pelakon, hakikatnya saya tak akan kahwin awal. Saya ikhlas dengan apa yang saya lakukan termasuk membabitkan diri dalam dunia seni. Saya juga mahu menjadi ibu yang baik kepada anak saya.

“Saya juga berharap pasangan saya akan melalui susah senang bersama tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Mungkin juga faktor usia kami terlalu muda membuatkan kami berfikiran seperti kebudak-budakan,” katanya.

Monday, March 15, 2010

Mari Bergelak Ketawa Melihat Gelagat Dira, Ash, Ainul Aishah & Boy Mandi!!!

Mari Bergelak Ketawa Melihat Gelagat Dira, Ash, Ainul Aishah & Boy Mandi!!!

Mandi adalah sebuah program TV berbentuk game show yg disiarkan di Astro Warna Channel 132 pd 21 Feb 2010 jam 4-4.30ptg, bersama pengacara Din Beramboi.





Video - Courtesy to kyazid85pc1

Saturday, February 6, 2010

Request Anggun (Bau) di radio-radio tempatan!!!

Request Lagu Anggun - Bau di radio-radio tempatan seperti HotFM, Era, XfreshFM, Suria FM, dll.

HotFM :
Zon Dedikasi

Setiap malam Isnin - Jumaat



HotFM Korner


Setiap Sabtu & Ahad, 12pm-9pm
Utk request secara on9, sila ke link ini : HotFM Korner


Contoh

EraFM
Pilihanmu Di Era

Request lagu melalui on9 :
Sila ke link ini : Pilihanmu Di Era

Contoh

Melalui Talian : 03 - 9543 3355
Melalui Faks : 03- 9543 5676
atau Melalui SMS : taip ERAPDE Lagu Pertama, Lagu Kedua dan hantarkan ke 32555
Contoh : ERAPDE Anggun-Bau, Keranamu-Bau ke 32555

XFM
Lagu Untukmu

Bermula jam 10 malam, Isnin - Jumaat

Untuk request :
Melalui Talian : 03-95433388
atau Melalui SMS : taip SHAC dan hantarkan ke 32399

Suria FM
Request @Suria

Untuk request melalui on9:
Sila klik link ini : Request @Suria
Contoh




Friday, December 18, 2009

Sekitar Gathering Dirash Frenz bersama Dira & Ash di Red Garage Custom Bike Show (I)

Gathering Dirash Frenz bersama Dira & Ash
Sempena : Red Garage Custom Bike Show
Tempat : KL Monorail, Brickfields
Tarikh : 12hb Disember 2009
Masa : 2pm-5pm
Turut Hadir : Ezrey, Bayu, Markyong, Yang, Lily


Setting booth


Setting up booth














Sesi Dirash Frenz lepak & bersembang bersama Dira & Ash


Dira bercerita dgn pnuh semangat =)


Dira bercerita mengenai pengalaman mula menceburi bidang seni


Bercerita tentang pengalaman menjadi seorang pelakon


Turut hadir : Bayu, Ezrey, Lily, Yang & Markyong






Salah seorg Dirash Frenz bergambar kenangan bersama Ezrey


Salah seorg Dirash Frenz bergambar kenangan bersama Bayu




Salah seorg Dirash Frenz bergambar kenangan bersama Markyong












Ezrey, yg byk membantu dan berjasa kpd Dira & Ash ketika di Sehati Berdansa 3. Thanx bro! 


Salah seorg Dirash Frenz bergambar kenangan bersama Dira


One happy family =)




Antara peminat yg sanggup dtg...


Dira bersama Anggun


Tengku Anggun Deandra =)


Salah seorg Dirash Frenz bergambar kenangan bersama Ash


Autograph session


Autograph session


Autograph session


Salah seorg Dirash Frenz bersama Ash & Anggun









Red Garage Girls Rules!!!


Flashmob Dance


Performing flashmob Whine Up



Dancers : Bayu, Lily, Yang, Ezrey, Markyong








4 round of flashmob : Korg mmg cayyaa dowh!!!




Dirash Frenz yg hadir...


Dirash Frenz bersama Dira, Ash & Anggun





All pics courtesy to Zarry, Pika, Wanjah & Haris

Sy (dan juga bg pihak Dira & Ash) ingin minta maaf kpd Dirash Frenz yg dtg jika ada kekurangan, huru-hara, kelam-kabut dan apa-apa perancangan yg x menjadi. Diharap apa-apa aktiviti or event lain kali, korg x serik dtg =)

Kepada Dirash Frenz yg x berkesempatan utk dtg Sbtu lepas, jika ada aktiviti/event pd masa akan dtg, dtg lah beramai-ramai ok!

A lot of thanx kpd semua pihak yg byk membantu dan memberi kerjasama terutamanya team Red Garage yg mmg cayyaaa dowh!!!

*Nantikan next entry utk video flashmob oleh Ezrey, Bayu, Markyong, Yang dan Lily. Yg pasti performance dorg mmg cayyaa dowhh!!!

p/s : Semua gmbr2 di dlm entry ni adalah copyright empunya gmbr. Jika anda ingin mengambil dan meletakkan gmbr tersebut di website lain, sila berikan kredit kepada Zarry, Pika, Wanjah & Haris atau link kan ke blog ini. Terima Kaseh =)