ChatBox

Wednesday, April 21, 2010

Murah Rezeki Ash

Dengarnya...: Murah rezeki Ash
Oleh Normah Becok

2010/04/21

CIK Normah dapat tahu bukan saja rezeki Dira Abu Zahar yang murah sejak bergelar janda, malah bekas suaminya, Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid turut melalui tempias yang sama. Cik Normah dapat tahu, Ash banyak berterima kasih kepada bekas anggota Meet Uncle Hussain, Azlan. 

Azlan menerusi kumpulannya Azlan & The Typewriter seperti membuka pintu kepada Ash untuk kembali aktif dalam bidang muzik. Mungkin ada yang perasan, Ash juga mengiringi persembahan kumpulan itu di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 4 April lalu.

Cik Normah dapat tahu, itu sebagai petanda Ash akan menyertai kumpulan terbabit atau paling tidak pun sebagai pemuzik undangan. Tak kisahlah. Selain itu, kumpulan Bau yang pernah memperkenalkan Ash sebagai pemain keyboard juga masih wujud cuma kesibukan anggota masing-masing dengan kerja tetap membataskan perjuangan mereka. Pada masa yang sama, Ash juga menganggotai kumpulan yang dipanggil They Will Kill Us All. Cik Normah dengar-dengar, Ash juga nak membentuk kumpulan baru tapi semua itu masih dalam perancangan. Selain bermain alat muzik, Ash juga sebenarnya pandai menyanyi. 

Dia pernah menghasilkan sebuah lagu Berakhir Sudah yang dikatakan kononnya sebagai gambaran apa yang terjadi kepada rumah tangganya yang dibina sejak tiga tahun lalu bersama Dira. Tapi Cik Normah difahamkan, lagu yang dimuat turun di laman Youtube itu sebenarnya sebagai promosi kepada mana-mana pihak yang berminat. 

Maksudnya, jika ada penyanyi atau syarikat rakaman yang berminat untuk memiliki lagu itu boleh diajak berbincang. Kalau nak tahu, Ash juga bekerja di ERama Kreatif Sdn Bhd sebagai pengarah muzik. Syarikat itu lebih kepada memuat turun lagu. 

Menurut Ash seperti yang diberitahu kepada teman sepejabat Cik Normah, kepada mana-mana syarikat rakaman atau penyanyi yang ingin menjual lagu mereka secara online seperti Itunes boleh menghubungi Azlan Kadir di talian, 012-2260010. 

Courtesy to Berita Harian

No comments:

Post a Comment