ChatBox

Thursday, November 5, 2009

Detik Sehati Berdansa 3 W3 D4



Farah Sulaiman Naik Berang
Debaran semakin hari semakin terasa, tidak kurang 2 hari lagi malam Sehati Berdansa3 akan bermula. Seperti biasa, Farah Sulaiman iaitu penasihat tarian Sehati Berdansa membuat pemeriksaan terakhir sebelum semua selebriti Sehati Berdansa mempersembahkan tarian masing-masing di Malam Sehati Berdansa Sabtu ini. Semuanya dapat ditonton dalam Detik Sehati Berdansa malam ini.

Hidup ini tidak pernah surut dengan dugaan dan juga cabarannya, hari ini sekali lagi pasangan Enot dan suaminya Zainul menerima teguran apabila Enot tidak membawa kostum semasa sesi pemeriksaan dijalankan dan sekaligus menyebabkan mereka dimarahi oleh Farah Sulaiman.

Berbeza dengan minggu-minggu sebelumnya kebanyakkan peserta lelaki menerima teguran daripada Farah, tetapi minggu ini, lain pula kisahnya, Oshin dan Noorah ditegur kerana dikatakan kurang memberikan ekpresi muka ketika membuat persembahan. Selain Oshin dan Noorah, Nana juga ditegur kerana sering membongkokkan badannya dan sering memandang ke bawah ketika menari.

Selain teguran pujian juga seharusnya diberikan kepada pasangan yang menunjukkan kesungguhan dan komited di dalam sesi latihan. Minggu ini pasangan Sazzy dan Nazril mendapat pujian daripada Farah Sulaiman. Pujian tersebut diberikan kerana pelbagai peralatan digunakan sepenuhnya di dalam tarian yang bakal dipersembahkan.

Untuk mengetahuinya jangan lupa saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam ini di Astro Ria (saluran 104). Juga layari laman WAP SB3 di telefon bimbit anda dengan hanya menaip SB dan hantarkan ke 32888 untuk mengikuti perkembangan terbaru selebriti kesayangan anda dan dapatkan muat turun yang terkini serta teruskan mengundi pasangan selebriti kegemaran anda.
 



Credits to Astro



Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk Mengundi :

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:

Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

No comments:

Post a Comment