ChatBox

Friday, November 27, 2009

Detik Sehati Berdansa 3 W6 D4 (Video)



Pujian Buat Isma & Zul
Menjelang Malam Sehati Berdansa Sabtu ini, kesemua pasangan masih lagi sibuk membuat persediaan terakhir. Saksikan persediaan kesemuan pasangan selebriti sepanjang minggu ini dalam Detik Sehati Berdansa malam ini.

Selain itu, malam ini pasangan Isma dan Zul menjadi tumpuan utama. Seperti minggu lalu merka mendapat pujian daripada penasihat tarian, Farah Sulaiman. Khabarnya koreografi bagi pasangan selebriti ini sangat menarik sehingga menyebabkan Farah Sulaiman terlalu teruja dengan persembahan mereka.

Bagi memberi impak yang lebih mendalam kepada persembahan mereka, pasangan Dira & Ash akan memperagakan baju yang paling mahal berbanding pasangan-pasangan yang lain Sabtu ini. Bagaimanakah agaknya penampilan Dira dan Ash Sabtu ini? Sama-sama kita nantikan.

Lain pula ceritanya dengan pasangan Didie dan Sham. Walupun sibuk dengan persiapan tariannya Didie tetap sinonim dengan sikap lucunya. Disebabkan mempunyai terlalu banyak pilihan pakaian yang ingin diperagakan Sabtu ini mereka sudah kelihatan seperti memiliki sebuah kedai kain.

Bagaimanakah dengan pasangan-pasangan selebriti yang lain? Apakah kisah yang berlaku disepanjang sesi latihan mereka? Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam ini hanya di Astro Ria (saluran 104). Juga jangan lupa dapatkan photo album Dansa Cinta di telefon bimbit anda. Taipkan SB GLAM dan hantarkan ke 32888. Anda juga akan menerima pengias sreen percuma.

Mungkinkah pasangan kegemaran anda bakal tersingkir minggu ini? Andalah yang menentukan nasib mereka. Bantulah pasangan selebriti anda disamping membantu mereka mengumpul dana bagi badan-badan kebajikan yang mereka wakili. Jangan berlengah lagi. Undilah pasangan selebriti anda sekarang juga dan bantulah mereka yang memerlukan.

DANSA TERKINI
1
SEIN
24%
2
ISMA
21%
3
SAZZY
20%
4
DIRA
19%
5
DIDIE
17%
Credits to Astro


Credits to emeraldL2009

Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

No comments:

Post a Comment