ChatBox

Tuesday, November 17, 2009

Tugasan Minggu Kelima (Video)



Tugasan Minggu Kelima
Memasuki minggu baru sudah semestinya tugasan akan diperolehi oleh kesemua pasangan selebriti Sehati Berdansa. Bertemakan irama Latin minggu kelima dijangka mampu memberikan suasana yang berbeza berbanding minggu-minggu sebelumnya. Kesemua pasangan telah menerima lagu tugasan masing-masing di dalam Detik Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.

Berikut adalah senarai lagu tugasan masing-masing:

Sazzy – Ku Mahu (Siti Nurhaliza)
Dira – Ingin Ku Miliki (Dayang Nurfaizah)
Sein – Se Dice De Mi (Yolando Rayo)
Oshin – Volare (Gipsy King)
Didie – Lambada (Kaoma)
Isma – Samba Ria (Fairuz Hussein)

Mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa terdapat pelbagai tarian yang dikategorikan sebagai tarian latin antaranya Cha Cha Cha, Samba, Jive, Rumba dan Paso Doble. Justeru, sudah semestinya pelbagai kelainan bakal ditampilkan oleh kesemua pasangan selebriti. Namun apa yang pasti kesemua pasangan selebriti ini seakan-akan teruja dengan tema yang diperolehi minggu ini.

Mampukah mereka menyahut cabaran ini? Untuk mengikuti perkembangan mereka saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam Isnin hinga Khamis hanya di Astro Ria (saluran 104). Juga jangan lepaskan peluang untuk bersembang dengan pasangan yang tersingkir di minggu keempat, Mirna dan Noorah esok jam 8.00 malam di Astro@15 dan 9.00 malam di Butang R (Astro Ria).

Anita, Enot dan Mirna adalah peserta yang telah tersingkir akibat daripada kecuaian dan kealpaan anda untuk mengundi mereka. Bantulah pasangan selebriti kegemaran anda disamping membantu mereka mengumpul dana bagi badan-badan kebajikan yang mereka wakili kerana andalah yang menentukan nasib mereka. Jangan berlengah lagi. Undilah pasangan selebriti anda sekarang juga dan bantulah mereka yang memerlukan.






Credits to emeraldL2009

TUGASAN MINGGU 5

Credits to oldcdfan

Masih ingin menyaksikan gerak tari Dira & Ash di minggu-minggu yg seterusnya? Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia. Untuk mengundi:

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

No comments:

Post a Comment