ChatBox

Wednesday, April 21, 2010

Murah Rezeki Ash

Dengarnya...: Murah rezeki Ash
Oleh Normah Becok

2010/04/21

CIK Normah dapat tahu bukan saja rezeki Dira Abu Zahar yang murah sejak bergelar janda, malah bekas suaminya, Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid turut melalui tempias yang sama. Cik Normah dapat tahu, Ash banyak berterima kasih kepada bekas anggota Meet Uncle Hussain, Azlan. 

Azlan menerusi kumpulannya Azlan & The Typewriter seperti membuka pintu kepada Ash untuk kembali aktif dalam bidang muzik. Mungkin ada yang perasan, Ash juga mengiringi persembahan kumpulan itu di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 4 April lalu.

Cik Normah dapat tahu, itu sebagai petanda Ash akan menyertai kumpulan terbabit atau paling tidak pun sebagai pemuzik undangan. Tak kisahlah. Selain itu, kumpulan Bau yang pernah memperkenalkan Ash sebagai pemain keyboard juga masih wujud cuma kesibukan anggota masing-masing dengan kerja tetap membataskan perjuangan mereka. Pada masa yang sama, Ash juga menganggotai kumpulan yang dipanggil They Will Kill Us All. Cik Normah dengar-dengar, Ash juga nak membentuk kumpulan baru tapi semua itu masih dalam perancangan. Selain bermain alat muzik, Ash juga sebenarnya pandai menyanyi. 

Dia pernah menghasilkan sebuah lagu Berakhir Sudah yang dikatakan kononnya sebagai gambaran apa yang terjadi kepada rumah tangganya yang dibina sejak tiga tahun lalu bersama Dira. Tapi Cik Normah difahamkan, lagu yang dimuat turun di laman Youtube itu sebenarnya sebagai promosi kepada mana-mana pihak yang berminat. 

Maksudnya, jika ada penyanyi atau syarikat rakaman yang berminat untuk memiliki lagu itu boleh diajak berbincang. Kalau nak tahu, Ash juga bekerja di ERama Kreatif Sdn Bhd sebagai pengarah muzik. Syarikat itu lebih kepada memuat turun lagu. 

Menurut Ash seperti yang diberitahu kepada teman sepejabat Cik Normah, kepada mana-mana syarikat rakaman atau penyanyi yang ingin menjual lagu mereka secara online seperti Itunes boleh menghubungi Azlan Kadir di talian, 012-2260010. 

Courtesy to Berita Harian

Thursday, April 8, 2010

Dira, Ash sudah berpisah

Dira, Ash sudah berpisah
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my
2010/04/08

Sedang tunggu keputusan Mahkamah Syariah sahkan perceraian

TIADA apa lagi yang disembunyikan apabila Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau Ash, 27 mengesahkan rumah tangganya bersama finalis bagi kategori Artis Baru Wanita di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2009), Dira Abu Zahar, 26, memang tidak dapat diselamatkan.

Bahkan Ash sendiri mengaku sudah mengemukakan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Syariah.

“Kalau perceraian kami disahkan oleh mahkamah, bererti ia mencatat sejarah dalam keluarga saya. Memang dalam keluarga saya, belum ada yang bercerai berai. Tapi ini semua sudah ketentuan Tuhan.

“Memang saya hendak selamatkan rumah tangga kami. Saya masih sayangkan Dira. Tapi kalau sudah tiada jodoh antara kami, saya tidak pun tidak mampu melawannya,” demikian kata Ash.

Pengakuan Ash itu sekali gus menjelaskan kedudukan sebenar hubungannya dengan Dira. Kelmarin ketika ditemubual dalam ruangan Jawablah, Dira menafikan rumah tangganya bergolak. Dira menegaskan kehidupannya bersama Ash bahagia walaupun mereka sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.

Dira dan Ash mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahu lalu dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Tengku Anggun Deandra.
Begitu pun, desas desus mengatakan rumah tangga mereka sebenarnya agak goncang dan kedua-duanya pernah dikatakan tidak tinggal sebumbung. Penyertaan Ash dan Dira dalam program Sehati Berdansa musim keempat yang lalu dikatakan sebagai usaha untuk memulihkan hubungan mereka.

Namun, niat suci itu tidak kesampaian. Pertemuan Hip dengan Ash Sabtu lalu ketika dia terbabit dengan sesi raptai penuh ABPBH2009 persembahan bersama Azlan & The Typewriter merungkai sedikit gejolak perasaannya.

enurut Ash, jika ABPBH 2007 mereka pernah hadir sebagai pasangan suami isteri kerana nama Dira masih belum dikenali tetapi untuk ABPBH 2009 baru-baru ini, mereka hadir secara berasingan. Ash terbabit dengan persembahan, manakala Dira hadir sebagai calon Top 5 dan ditemani Zahiril Adzim.

“Apa yang boleh katakan saya mahu menjernihkan kembali hubungan kami. Ia tiada kena mengena dengan status dirinya yang datang dari keluarga berada. Tapi ia demi masa depan anak kami. Tapi kalau soal hati sudah berkata tidak mahu, mungkin saya sudah gagal bertindak sebagai ketua keluarga.

“Saya tak nak kata masalah kami berpunca sebab dia berubah kerana dunia glamor ataupun orang ketiga. Saya sendiri tidak tahu apa punca dia berubah. Yang saya tahu, dia memang sangat kuat bekerja. Pergaulannya mungkin membuatkan dia berubah tanpa disedari,” kata pemain keyboard kumpulan Bau itu.

Sementara itu Dira yang dihubungi Hip memberitahu bukan niat dirinya berselindung dengan tidak menjelaskan perkara sebenar. Akuinya, dia cuma enggan mengeruhkan keadaan yang sudah tidak menentu. Kenyataannya dalam ruangan Jawablah semalam dilihat sebagai ‘kenyataan selamat’.

“Saya kecewa dengan perkahwinan ini. Ia tak jadi seperti yang saya impikan. Saya melalui keadaan begini mungkin kerana terlalu berharap. Jadi saya putuskan untuk tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

“Saya hanya mampu melakukan yang terbaik. Jika saya tidak dapat mempertahankan rumah tangga ini saya reda. Sebab saya tak nak kecewa sepanjang masa. Apa yang lebih penting ialah masa depan anak kami. Soal kebajikan anak, saya tidak ada masalah untuk berkongsi dengan bekas suami” katanya yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama Arjuna untuk TV3.

Dalam pada itu, Dira juga tidak dapat menidakkan reaksi pihak tertentu yang melihat perceraian mereka disebabkan dirinya yang dikatakan berlaku curang dan sudah lupa diri selepas mencipta populariti. Sedangkan, hanya empunya diri yang tahu kenyataan sebenar.

“Kalau saya sudah lama nak jadi pelakon, hakikatnya saya tak akan kahwin awal. Saya ikhlas dengan apa yang saya lakukan termasuk membabitkan diri dalam dunia seni. Saya juga mahu menjadi ibu yang baik kepada anak saya.

“Saya juga berharap pasangan saya akan melalui susah senang bersama tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Mungkin juga faktor usia kami terlalu muda membuatkan kami berfikiran seperti kebudak-budakan,” katanya.

Tuesday, March 16, 2010

Dira - Promo ABPBH09 @Berita Harian 150310

Sape ada beli Berita Harian semalam (15 Mac 2010)? Sape yg ada beli tu msti tau apa yg bestnya (utk fans dira la) ada kt dlm BH smlm. Meh sy nk share apa yg ada kt BH smlm...





Trivia Dira :
  • Sudah berkahwin dengan Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau Ash yang menganggotai kumpulan Bau. Perkahwinan itu dikurniakan anak perempuan bernama Tengku Anggun Deandra.
  • Nama penuhnya, Khaidhirah Abu Zahar dan berasal dari Merlimau, Melaka.
  • Menyertai Sehati Berdansa musim ketiga bersama suaminya dan menimbulkan kontroversi kononnya bermasam muka dengan Sazzy Falak yang turut serta dalam pertandingan itu.
  • Satu ketika dulu, pelakon ini ialah wartawan penyiaran ata pelapor lokasi untuk rancangan Beat TV sebelum muncul pula di layar kecil televisyen sebagai pengacara Fulus Mania dan Jom Ronda.
  • Antara drama lakonannya ialah Rona Roni Makaroni, Merah Putih, Dua Kali Mencintai Mu, Tower 13, Cinta Tanpa Suara dan Delima.
  • Baru saja terbabit dengan teater Tanda terbitan Rumah Anak Teater (RAT) melalui Projek Komuniti Kental (KoKen).

Monday, March 15, 2010

Mari Bergelak Ketawa Melihat Gelagat Dira, Ash, Ainul Aishah & Boy Mandi!!!

Mari Bergelak Ketawa Melihat Gelagat Dira, Ash, Ainul Aishah & Boy Mandi!!!

Mandi adalah sebuah program TV berbentuk game show yg disiarkan di Astro Warna Channel 132 pd 21 Feb 2010 jam 4-4.30ptg, bersama pengacara Din Beramboi.





Video - Courtesy to kyazid85pc1

Tuesday, March 9, 2010

Dira @Pekan Frinjan

Event : Pekan Frinjan - Romantikalawanita (Hari Wanita Celebration)
Venue : Laman Menara Jam, Shah Alam
Date : 6th March 2010 (Saturday)


Wednesday, March 3, 2010

Result Candy Bowling Tournament Anjuran United Community Malaysia (UCM)

Candy Bowling Tournament Anjuran UCM (United Community Malaysia)
Tempat : Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall
Tarikh : 28 Feb 2010 (Ahad)
Masa : 9 pagi
Antara artis yang hadir : Candy Clement, Nur Fatima, Diddy Hirdy, Shawal AF5, Nubhan Ahmad, Akma AF3, Saida AF6, Nadia AF6, Mohammad Ali Samadi, Pinguin, Nonny Nadhirah.

Selamat datang ke Candy Bowling Tournament =)

Pilih2 size kasut anda =P

Kedatangan tuan rumah, merangkap artis UCM, Candy Clement =)

Artis UCM, Nur Fatima

Nur Fatima yg sgt sporting =)

Artis UCM, Diddy Hirdy

Shawal, turut bermain bersama peminatnya. Artis & Team yg dtg paling awal. Sportinglah Shawal =)

Diddy Hirdy, turut bermain bersama peminatnya =)

Team Candy. Candy pun main jugak =)

Team UCM, Nur Fatima salah seorg pemain mewakili UCM =)

Artis yg dr Iran, Mohammad Ali Samadi turut bermain memeriahkan event =)

Team Saida. Saida pun main. Oklah tue!


Akma =)

Akma pun dtg utk bg support kpd team AkmaFC =)


Upacara dimulakan dgn ucapan alu-aluan dr tuan rumah, Candy Clement =)


Candy bersedia utk membuat balingan pertama sbg tanda bermulanya upacara =)


Balingan pertama dr Candy, maka rasmilah dan bermulalah upacara =)

Lihatlah aksi2 team Dirash Frenz ketika membuat balingan. ekekekekeke











Trima kasih byk2 kpd 2 org adik baju merah nih (mat&fauzi) yg berniat dtg utk bg support jer but then dipaksa utk bermain utk menggantikan tempat Dira & Ash. Terima kasih byk2 yer, harap2 pas ni dtgla lagi event yg ada Dirash Frenz =)







Introducing our Queen of Longkang (Dirash Frenz Team III). hihi. xpe2, yg penting, usaha & semangat tu! =)

Introducing our King of Longkang, Mohammad Ali Samadi, the singer from Iran =)

Sebelum game start =P

Dh abis game, sume kepenatan =P

Antara yg berjuang utk Dirash Frenz =D



Not in the pic : Nadia AF6 yg turut datang bg support utk team NadiaFC & Nonny Nadhirah yg dtg bg support utk team Pesona (Nonny Nadhirah FC)  =)



Antara hadiah2 lucky draw, Raja&Ratu Longkang, Team Paling Havoc, Pemenang 1-8 dan cenderamata utk artis yg hadir

Hadiah utk pemenang tempat pertama =)

Team LOOK (Linda Onn FC) sapu abis! Dapat tempat pertama (2057 point), best male player & best female player! Wahhh menang besar! Congratz!


Team TZR FC (Tiz Zaqyah Razak FC) menang Team Paling Havoc! =D


Dirash Frenz Team I dapat tempat 30 drpd 31 team yg bertanding. haha oklah tu! Jatuhan pin 1016
Nama Pemain : Pika, Dekna, Syera, Wani


Dirash Frenz Team II dapat tempat ke 25 dengan jatuhan pin 1098. Trima kasih sekali lg kpd mat & fauzi yg sanggup menggantikan tempat Dira & Ash pd saat2 akhir. huhuhu
Nama Pemain : Ween, Lyana, Mat & Fauzi

Dirash Frenz Team III dapat tempat ke 21 dgn jatuhan pin 1173. wahhhh tahniah!
Nama Pemain : Anis, Afiqah, Atif & Aimul

Result Keseluruhan :
1. LOOK (Linda Onn FC) - 2057
2. Shawal FC - 1999 [Shawal-516]
3. Candy II - 1750
4. Nadia FC - 1722
5. Frenz United - 1620
6. Akma FC - 1512
7. True Blue - 1506
8. Pesona II (Nonny Nadhirah FC) - 1452
9. Pesona I (Nonny Nadhirah FC) - 1418
10. TZR II (Tiz Zaqyah FC) - 1408
11. FCOK (Kefli FC) - 1369
12. Nubies I (Nubhan FC) - 1355
13. Candy FC - 1337 [Candy-319]
14. Diddy Hirdy FC - 1329 [Diddy-337]
15. FBFL I - 1293
16. Gelombang Maut - 1291
17. Riz Angels - 1265
18. Da Vom - 1258
19. Hafiz FC - 1257
20. Fansisma Eva (Isma FC) - 1243
21. Dirash Frenz III (Dira&Ash FC) - 1173
22. Saida FC - 1158 [Saida-246]
23. Fuhhhh - 1137
24. TZR I (Tiz Zaqyah FC) - 1106
25. Dirash Frenz II (Dira&Ash FC) - 1098
26. Gafim (Akim FC) - 1074
27. FBFL II - 1033
28. Nubies II (Nubhan FC) - 1026
29. Ali Samadi - 1017
30. Dirash Frenz I (Dira&Ash FC) - 1016
31. Nur Fatima FC - 1014 [Nur Fatima-158]

Utk sesiapa yg nk tau kenapa Mohammad Ali Samadi dijemput utk memeriahkan event bowling ni dan apa kaitan beliau dgn Candy, saksikan video ni :

Mohammad Ali Samadi berduet bersama Candy melalui single 'Troublemaker' =)

Dan utk yg belum mengenali Pinguin :

Pinguin, band indie 

Last but not least, a lot of thanx to Ween yg dtg dr Johor siap bwk member lagi, Anis, Afiqah, Aimul, Atif, Lyana, Mat, Fauzi, Syera, Wani, Dekna & Pika yg dtg bermain utk Dirash Frenz. Even x menang, tp korg tetap caya dowh! 

Di sini, sy nk ambk kesempatan, mntk maaf byk2 sbb Dira & Ash last minute x dpt dtg atas perkara2 yg x dpt dielakkan. Mntk maaffff sgt3x. Hopefully xde sebarang kekesalan & kekecewaan la ek =P

Next event, MyHappyClub (MHC) Fun Bowl 2010 on the 4th of April (Sunday) at Ampang Bowl, Berjaya Times Square. Jom!!!!!!! =D

All pics courtesy to Zarry & United Community Malaysia (UCM)

Tuesday, March 2, 2010

Happy 26th Birthday, Dira






Happy 26th Birthday, Dira!
Semoga Dira akan terus dimurahkan rezeki, beroleh kejayaan, sihat selalu dan dipanjangkan usia oleh-Nya. 
Good Luck utk ABPBH09 pd 4 April kelak.
Semoga bahagia sentiasa bersama suami, anak dan keluarga yang tersayang.
Amiinnnnn....