ChatBox

Wednesday, December 16, 2009

Last Moments of Dira, Ash & Ezrey in SB3 Week 8 (II)

Krisis Sein dan Bayu



Krisis Sein dan Bayu
Dengan bertemakan Malam Broadway pastinya memberikan kelainan pada Malam Sehati Berdansa Sabtu ini. Bukan itu saja tema ini memberikan cabaran baru buat semua pasangan Sehati Berdansa 3. Segalanya dapat disaksikan menerusi Detik Sehati Berdansa3 jam 9.00 malam ini.

Seperti minggu-minggu sebelum ini, pelbagai dugaan dan tekanan dialami oleh kesemua pasangan selebriti. Hari ini tiba giliran bagi pasangan Sein dan Nana. Gara-gara tekanan yang kian memuncak akhirnya berlaku satu pertengkaran antara Sein dan Bayu. Pertengkaran terjadi apabila Sein tidak berpuas hati dengan langkah tarian yang direka oleh Bayu.

Lain pula cerita dengan pasangan Dira dan juga Ash, khabarnya kedua-dua mereka mengalami tekanan disebabkan koreografi mereka agak mencabar dan sukar dilakukan. Pasangan Isma dan Zul pula, kini gigih berlatih menari demi memberikan yang terbaik walaupun koregrafer mereka mengakui tidak begitu mahir dengan tarian ini.

Selain itu, pasangan SB masuk iaitu Oshin dan Firdaus masih menjadi tumpuan utama. Malam ini luahan perasaan mereka mengenai SB masuk akan dipaparkan lebih-lebih lagi megenai pendapat yang mengatakan Oshin dan Firdaus tidak patut kembali beraksi dalam Sehati Berdansa.

Ingin mengetahui kisah di sebaliknya? segalanya dapat ditonton menerusi Detik Sehati Berdansa setiap Isnin hingga Khamis jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104).

Selain itu juga jangan lupa untuk mengundi pasangan Selebriti anda. Undian anda amatlah diperlukan untuk memastikan mereka kekal beraksi di minggu-minggu seterusnya.



Dira & Ash bertengkar!



Dira dan Ash Bertengkar!!
Debaran kian terasa, tinggal beberapa hari lagi berlangsungnya malam Sehati Berdansa. Namun pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dilalui oleh setiap pasangan demi memberikan yang terbaik Sabtu ini. Semuanya dapat disaksikan menerusi Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam ini.

Dihari kedua latihan, pastinya semua pasangan sibuk mengatur langkah tarian dengan tema yang telah ditetapkan. Namun di dalam kesibukan itu terjadinya pertengkaran antara pasangan Dira dan Ash, gara-gara langkah tarian dan tempo yang telah ditetapkan disamping tekanan yang dialami oleh mereka. Apakah kesudahannya?

Bagi pasangan Oshin dan juga Isma, kedua-duanya mengalami masalah untuk menguasai step tarian masing-masing. Kesukaran berlaku apabila Firdaus agak sukar untuk melakukan step yang memerlukan Oshin diangkat. Lantaran koreografer mereka iaitu Lily terlupa langkah tarian yang perlu diajar kepada mereka. Perkara yang sama juga berlaku kepada pasangan Isma dan Zul, dimana Zul mengakui tidak mampu melakukan step tarian yang memerlukan Isma diangkat.

Namun lain pula kisahnya dengan pasangan Sazzy dan Nazril, gara-gara step yang dilakukan, kepala sazzy terhantuk dilantai tarian ketika mereka berlatih.

Apakah kesudahan cerita mereka? Saksikan segalanya menerusi Detik Sehati Berdansa setiap hari Isnin hingga Khamis jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104). Juga jangan lupa untuk mengundi pasangan selebriti anda. Undian anda amatlah diperlukan untuk memastikan mereka kekal beraksi di minggu-minggu seterusnya. 



Farah Sulaiman kecewa





Farah Sulaiman Kecewa
Seperti sebelum ini, pastinya Farah Sulaiman akan turun ke lantai tarian untuk membuat pemeriksaan terakhir sebelum kesemua pasangan mempersembahkan tarian mereka. Segalanya dapat di tonton menerusi Detik Sehati Berdansa 3 jam 9.00 malam ini.

Tema Malam Broadway memberikan cabaran baru buat pasangan Oshin dan Firdaus, peluang yang diberikan perlu digunakan dengan sebaiknya demi meneruskan perjuangan di Sehati Berdansa 3. Namun sebelum itu, pasangan Oshin perlu berhadapan dengan Farah Sulaiman untuk pemeriksaan terakhir sebelum tarian dipersembahkan. Akan tetapi, semuanya mengundang kecewa dihati Farah Sulaiman apabila kostum dan koreografi mereka masih tidak siap lagi. Dalam pada itu Oshin mendapat kritikan apabila tariannya seumpama persembahan sekolah.

Pasangan Sein dan Nana pula, koreografi tarian mereka sudah cantik, akan tetapi Sein mendapat teguran apabila pergerakan dalam tarian kelihatan tidak berkeyakinan. Nana pula tangannya masih kaku dalam tarian, ditambah pula Nana yang masih memandang ke lantai ketika menari.

Begitu juga dengan pasangan Dira dan Ash, Farah Sulaiman menyukai koreografi yang direka oleh Ezrey, tetapi mereka perlu memberi tumpuan pada tempo ketika menari. Namun lain pula kisahnya dengan pasangan Isma dan Zul, kostum mereka sangat cantik tetapi tidak bersesuaian dengan perwatakan yang dibawanya.

Mampukah mereka mengatasi masalah yang dihadapi? Apakah kesudahan cerita mereka? Saksikan segalanya menerusi Detik Sehati Berdansa setiap hari Isnin hingga Khamis jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104). Juga jangan lupa untuk mengundi pasangan selebriti anda. Undian anda amatlah diperlukan untuk memastikan mereka kekal beraksi di minggu-minggu seterusnya.



Minggu 8 : Malam Broadway





Minggu 8: Malam Broadway
Sebentar tadi telah berakhirnya Malam Sehati Berdansa yang telah disiarkan menerusi Astro Ria (Saluran 104). Kehangatan dan kemeriahan tema Malam Broadway sememangnya dapat dirasai bukan sahaja disebabkan oleh kemerduan muziknya juga kerana keindahan tarian dan pakaian yang diperagakan.

Persembahan daripada kesemua pasangan selebriti menyebabkan suasana di dalam Studio 1 Bukit Jalil menjadi gamat dan meriah. Minggu ini kesemua persembahan diadili oleh tiga orang juri yang hadir iaitu Radhi Khalid, Angeline Sew dan Joseph Gonzales selaku juri tetap.

Tidak seperti minggu–minggu yang lepas, minggu ini giliran pasangan Sazzy dan Nazril membuat persembahan pembukaan pada Malam Sehati Berdansa. Persembahan mereka mendapat pujian daripada ketiga-tiga juri namun mereka dinasihatkan agar lebih berhati-hati.

Pasangan Dira dan Ash juga berjaya menarik hati ketiga-tiga juri dan penonton yang hadir dengan gaya persembahan yang sangat kreatif serta dapat menguasai ritma dengan sempurna. Ash pula dipuji kerana menunjukkan peningkatan yang sangat ketara.

Persembahan daripada pasangan Sein dan Nana keserasian di antara mereka berdua mendapat pujian hebat daripada juri. Namun mereka nampak tidak selesa dengan tarian yang dipersembahkan. Selain itu masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.

Koreografi yang sangat hebat, persembahan yang menarik dan bertenaga, itulah antara pujian yang diberikan oleh juri kepada pasangan SB Masuk, Oshin dan Firdaus. Dengan persembahan menarik itu tadi membuktikan bahawa Oshin tidak menghampakan pengundi-pengundi mereka.

Persembahan Isma dan Zul dilihat antara persembahan yang paling menarik malam ini. Kedua-dua mereka mempunyai tenaga yang sangat mengagumkan selain dapat menguasai pentas dengan baik. Namun Isma dikatakan kurang memasukkan elemen lucu di dalam persembahan mereka.

Berikut adalah markah yang telah diberikan oleh juri-juri professional:

Isma - 91.67
Sazzy - 86.67
Dira - 85.67
Oshin - 85.00
Sein - 83.33

Mungkinkah akan ada pasangan yang akan tersingkir minggu ini? Andalah yang menentukan nasib mereka. Bantulah pasangan selebriti anda disamping membantu mereka mengumpul dana bagi badan-badan kebajikan yang mereka wakili. Jangan berlengah lagi. Undilah pasangan selebriti anda sekarang juga dan bantulah mereka yang memerlukan. 





Terhentinya Langkah Dira & Ash




Terhentinya Langkah Dira & Ash
Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Begitulah nasib yang menimpa pasangan Dira dan Ash diumumkan sebagai pasangan yang tersingkir sebentar tadi. Pengumuman tersebut telah disampaikan oleh Awal Ashaari dalam Debaran Sehati Berdansa yang telah disiarkan menerusi Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.

Walaupun tampil dengan persembahan yang menghiburkan semalam, Dira dan Ash gagal meraih undi pengundi sms. Dengan penyingkiran yang diumumkan, ini bermakna pasangan Dira dan Ash telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM8000. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada wakil Persatuan Thalassemia Malaysia, Puan Zarina Sultan.

Berikut adalah peratusan markah yang diperolehi oleh kesemua pasangan selebriti sebelum dan selepas undian ditutup:

Sebelum undian ditutup:

SEIN 30.77
ISMA 21.32
SAZZY 19.67
OSHIN 17.44
DIRA 10.80

Selepas undian ditutup:

SEIN 57.01
ISMA 56.29
SAZZY 53.46
OSHIN 50.50
DIRA 48.92

Dengan penyingkiran tersebut ini bermakna masih tinggal EMPAT lagi pasangan selebriti yang akan meneruskan perjuangan mereka di dalam Sehati Berdansa. Jadi jangan lupa teruskan mengundi pasangan selebriti pilihan anda.



Credits to Astro

14-Dec-2009 | Oleh: Thani Hasbullah

MINGGU BROADWAY, DIRA DAN ASH TERSINGKIR





KUALA LUMPUR, 14 DISEMBER 2009:  Tema tarian Broadway pada minggu ke-8 program Sehati Berdansa 3 (SB3) menjadi gerak tari terakhir untuk pasangan Dira dan suaminya, Ash. Keputusan penyingkiran itu diumumkan oleh pengacara Awal Ashaari dalam Debaran Sehati Berdansa yang bersiaran langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil, malam tadi. 

Keputusan ini nyata mengejutkan kerana Dira dan Ash dilihat berjaya menarik hati ketiga-tiga juri dan penonton yang hadir dengan gaya persembahan yang sangat kreatif serta dapat menguasai ritma dengan sempurna. Ash pula dipuji kerana menunjukkan peningkatan yang sangat ketara.

Dira atau nama sebenarnya, Khaidirah Binti Abu Zahar, 25 dan suaminya Tengku Shafiz-Rullah Bin Tengku Mohd Shahid, 26, menerima undian terendah berbanding 4 pasangan lain sekaligus menjadikan mereka pasangan ke-5 yang telah tersingkir selepas pasangan Oshin diserap kembali melalui SBMASUK minggu lepas.



Dira dan Ash yang mewakili Persatuan Thalassemia Malaysia bagaimanapun berjaya mengumpul RM8,000 untuk disumbangkan kepada badan amal itu. Cek itu telah disampaikan kepada wakil dari pertubuhan tersebut selepas pengumuman keluar mereka dibuat malam tadi.

Untuk minggu depan, 4 pasangan lagi akan meneruskan cabaran masing-masing iaitu Isma & Zul, Sazzy & Nazril, Sein & Nana serta pasangan SBMASUK, Oshin & Firdaus.

Persembahan daripada kesemua pasangan selebriti pada malam kelmarin bagaimanapun mendapat sambutan hangat dan meriah. Minggu ini kesemua persembahan diadili oleh tiga orang juri yang hadir iaitu Radhi Khalid, Angeline Sew dan Joseph Gonzales selaku juri tetap. Ia dihoskan oleh Scha Al Yahya dan Fahrin Ahmad. 

Jadi anda di rumah, jangan lupa mengundi pasangan masing-masing bagi menentukan siapakah juara SB3 kelak.



Credits to Murai

No comments:

Post a Comment