ChatBox

Friday, October 30, 2009

Di Sebalik Sehati Berdansa 3 Minggu 2

Rahsia Mirna
Tinggal sehari lagi sebelum mereka membuat persembahan dalam Malam Sehati Berdansa 3 Sabtu ini. Hari ini tekanan kesemua pasangan selebriti dan koreografi sudah sampai kemuncaknya. Pasangan Enot tidak pernah surut dengan masalah yang mereka hadapi di tambah pula dengan kesukaran mencari kostum yang bersesuaian dengan tema Malam Sehati Berdansa minggu ini. Semuanya dapat ditonton dalam Di Sebalik Sehati Berdansa malam ini.

Minggu ini, tumpuan lebih diberikan kepada Mirna berbanding pasangannya Norah. Mirna gigih berlatih bersendirian kerana sedar kelemahannya berbanding isterinya. Gempar malam ini Mirna berkongsi rahsia tentang lututnya yang tidak mempunyai tulang akibat kecederaan yang dialami ketika bermain hoki.

Namun lain pula halnya dengan pasangan Didie iaitu Sham yang kini pandai menari dan mendapat pujian daripada penasihat tarian iaitu Farah Sulaiman, tetapi dalam pada masa yang sama pasangan ini turut mendapat sedikit teguran apabila tarian mereka tidak kena dengan tema minggu ini.

Teguran juga diberikan kepada pasangan Dira yang kelihatan tidak serius dan masih tidak mahir dengan gerak tari mereka. walaupun koreografi mereka berada memuaskan tetapi tumpuan perlu diberi kepada Ash. Ash perlu memperbaiki memperkemaskan lagi tariannya agar nampak lebih sempurna.

Apakah yang sebenarnya berlaku?? Mampukah mereka mengatasi masalah yang mereka hadapi demi memberikan yang terbaik untuk Malam sehati Berdansa Sabtu ini? Untuk mendapatkan jawapannya, jangan lupa saksikan Di Sebalik Sehati Berdansa jam 9.00 malam ini hanya di Astro Ria (saluran 104) dan jangan lupa teruskan mengundi pasangan selebriti pilihan anda. 








Credits to Astro


Teruskan mengundi Dira & Ash utk membantu Persatuan Thalassemia Malaysia.

Melalui SMS:
Taip DANSA DIRA Atau DANSA 3/5/10 DIRA Untuk (3/5/10 Undian)
Ke 32999
(Contoh: DANSA10 DIRA Ke 32999)

Melalui Talian Tetap:
Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3

Melalui Alat Kawalan Jauh Astro:
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA


Jangan lupa saksikan Di Sebalik Sehati Berdansa malam ini ok! sambil menonton, sambil2 tu undilah Dira ;-)

No comments:

Post a Comment